Tuesday, November 3, 2009

Mengantuknya Aku Semalam...

Semalam (2 Nov 2009) merupakan hari yang sangat melemahkan buat aku. Sejak aku bangun pagi lagi dah merasa badan memang tak 'fresh' langsung walaupun selepas mandi pagi. Lepas tu 'breakfast' pula bukannya ringan2 malah agak 'heavy' juga lah. Namun, tetap jua bagaikan orang yang baru bangun tidur.

Aduhhh...time turun keja mengantuk gila babi dalam bas weiii...fulamak bukan main lagi mata aku mencabar keteguhan hati aku bersengkang mata. Sesekali tu terhantuk juga kepala kat cermin bas. Walaupun agak malu tetapi aku buat selamba jer la. Buat 'dunno' cam takde apa-apa yang berlaku. Di hati ayoooo...malunya!!!

Seperti yang aku katakan tadi badan memang lemah-longlai la time keja. Tenaga badan aku rasa dah jadi negatif (-). Jam pula bukan main lambat lagi mau bergerak seakan-akan waktu dah terhenti. So painful la...namun kena cukupkan masa juga la untuk balik.

Dalam bas waktu balik tu aku peduli apa ngan penumpang lain. Aku tidur je la. Lagipun aku tidur bukannya ada menganggu penumpang lain juga kan. Sampai sahaja di rumah terus 'continue' tidur lagi sehinggakan makan malam jam 7pm pun emak aku yang kejutkan. Makan cuma untuk cukup syarat jer sebelum tidur.

Lepas jer makan, jam 8pm terus sambung lagi tidur sampai ke pagi jam 5am. Waktu bangun tu memang lega la rasanya beb!!! Fuhhhh...best gilak mata pun tak rasa nak mengantuk lagi. Hari ini aku boleh turun keja ngan cergas. Otak pun 'berjalan' lancar.

Setakat ini kisah aku semalam...

Cheers

No comments:

Post a Comment