Tuesday, November 3, 2009

All Souls Day...

Apakah itu 'All Souls Day'?

"All Souls' Day is a Roman Catholic day commemorating the faithful departed or those baptized Christians believed to be in purgatory. It is celebrated on November 2 unless this date falls on a Sunday. When this happens, All Souls' Day is celebrated on November 3?

Setiap 2 Nov saban tahun semua umat Kristian di seluruh dunia akan menyambut satu hari yang amat bermakna iaitu 'All Souls Day'. Tujuan hari tersebut diwujudkan di dalam kalendar umat Kristian adalah untuk mengingati semua saudara-mara, rakan-rakan, kawan-kawan, ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang sudah meninggalkan dunia ini untuk ke sebuah dunia yang kekal selamanya.

Seperti yang disarankan oleh gereja kita, roh-roh mereka yang sudah meninggal ini memerlukan iringan doa dan perhatian daripada semua sanak-saudara yang hidup di dunia untuk menemani mereka ke @ di sebuah dunia yang 'tiada air mata' atau 'kesengsaraan' iaitu syurga bersama-sama dengan Tuhan Jesus.

Percayakah anda bahawa roh mereka yang dah mati ini akan berdoa untuk anda dari syurga? Seharusnya anda percaya akan semua ini kerana mana mungkin jika anda 'berdosa' bisa dilepaskan daripada hukuman api penyucian yang amat panas. Oleh itu, yakinkanlah pada diri anda bahawa jika anda berdoa untuk mereka yang sudah mati maka 'mereka' pula akan berdoa untuk anda walaupun sudah tidak bersama di samping anda.

Bersama-samalah kita berdoa kepada Tuhan supaya memberkati saudara-mara, kawan-kawan atau sesiapa sahaja agar diampuni dosa mereka dan diterima ke dalam Kerajaan Tuhan. Amen!

Sekian.

Cheers

No comments:

Post a Comment