Tuesday, April 27, 2010

Selamat Hari TLDM Ke-76


Hari ini - 27 April 2010 - Merupakan hari bersejarah untuk semua warga-warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dimana mereka akan menyambut Hari TLDM yang ke-76. Sambutan kali ini bertemakan 'Warga Didahulukan, Kesiagaan Diutamakan' bersesuaian dengan sumbangan dan pengorbanan yang dicurahkan mempertahankan keselamatan kawasan perairan negara sepanjang masa.

Dengan ini saya mengucapkan semoga semua anggota-anggota TLDM kita sentiasa diberkati dan dikurniakan keselamatan yang berpanjangan tanpa mengira dimana sahaja mereka berada apatah lagi kepada mereka yang sedang berada jauh di perantauan meredah samudera luas yang penuh dengan ketidakpastian. Sentiasa tabahkan hati dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan demi sebuah tanggungjawab.

RMN Vision
To Be A Quality Navy
(Always Strive For Excellence)

Sekian,

Cheers!!

Thursday, April 22, 2010

Earth Day Is Today - April 22, 2010

Forty years after the first Earth Day, the world is in greater peril than ever. While climate change is the greatest challenge of our time, it also presents the greatest opportunity – an unprecedented opportunity to build a healthy, prosperous, clean energy economy now and for the future.

Earth Day 2010 can be a turning point to advance climate policy, energy efficiency, renewable energy and green jobs. Earth Day Network is galvanizing millions who make personal commitments to sustainability. Earth Day 2010 is a pivotal opportunity for individuals, corporations and governments to join together and create a global green economy. Join the more than one billion people in 190 countries that are taking action for Earth Day.

Come and together we save the world!!!

Cheers!!!

http://www.earthday.org/earthday2010

Monday, April 19, 2010

Achik Spin Laid To Rest

Ajal di tangan Tuhan. Namun, kita sebagai manusia tidak mampu untuk mengawal ketentuanNya. Beginilah nasib yang menimpa Achik yang popular dengan lagu 'Memori Berkasih', yang maut di dalam satu kemalangan jalan raya pada 17 April 2010. Kepada ahli keluarga Allahyarham, bersabarlah dengan takdir yang menimpa. Semoga rohnya dirahmati Tuhan. Amin!

Petikan Berita:-

Abdillah Murad Md Shari (Achik)


SEREMBAN, April 18 (Bernama) -- Achik Spin who died in a road accident along Kajang-Seremban Highway (Lekas) yesterday was buried at Tuan Haji Said Muslim cemetery here on Sunday.

His remains were taken back to his mother-in-law's house in Taman Desa Ros, Ampangan and then to Taman Bukti surau for prayers before burial at the cemetery at 1pm.

Over 100 people including family members and friends were at the cemetery to show their last respects to Achik.

They include singers Hattan, Siti Nordiana (Nana), Tomok and Lan Kristal.

Achik was killed when the multi-purpose vehicle (MPV) driven by a friend crashed into a signpost, caught fire and exploded at KM 14.7 Lekas at 6.15pm.

Born Abdillah Murad Md Shari, 27, the singer who fronted the group Spin became popular with the song 'Janji Kita'.

He leaves wife H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof, daughters Sofia, 3, and Safia, ten-month old.

Rose Zaitul said Achik called her thirty minutes before the accident asking her to be ready to leave but did not mention the destination.

"Later I received a phone call to say that my husband had died in a road accident. I was shocked by the news," she said.

His mother Badariah Awaluddin, 54, said she met Achik at one of his brothers's house two weeks ago.

"Achik was rather quiet and was not his normal self," she said.

Childhood friend Siti Nordiana said she met Achik at Angkasapuri yesterday.

"He was unusually talkative. Since his car was parked quite far, he took a ride in my car at 5.30pm. Suddenly I heard that he had died at 6pm," she said.

Hattan described Achik's death as a loss to Negeri Sembilan while Tomok and Lan Kristal said the news came as a shock to them.

-- BERNAMA

Cheers!! -- Sad Mood...:(

Thursday, April 15, 2010

Kejamnya Manusia!!!

Kanak-kanak didera bapa tiri meninggal
Oleh Suhana Roslan
suhanaroslan@bharian.com.my
2010/04/15

Jasmine

SERI KEMBANGAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati disyaki didera bapa tirinya dengan lebih 30 kesan lebam dan cedera ditemui di badan serta kepala mangsa.

Lee Swee Hui, dari Pangsapuri Bayu, Taman Bukit Serdang di sini, dipercayai didera lelaki berusia 27 tahun itu selepas tidak tahan dengan kerenah mangsa yang dikatakan suka menjerit dan menangis serta agresif, termasuk melompat dari meja makan atau kerusi apabila ditegur.

Timbalan Ketua Polis, Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Khaw Kok Chin,
berkata kanak-kanak itu dipercayai didera seminggu lalu berdasarkan kesan lebam pada badannya.

Bagaimanapun, katanya, siasatan awal mendapati tiada kesan penderaan seksual ke atas kanak-kanak itu.

Pada sidang akhbarnya semalam, beliau berkata, lelaki itu ditahan di klinik berkenaan sebaik menerima laporan mengenai kes berkenaan, manakala isterinya berusia 24 tahun diberkas pada jam 12.45 tengah hari di pangsapuri yang disewa pasangan terbabit sejak setahun lalu.

“Kanak-kanak itu tinggal bersama pasangan berkenaan di rumah sewa itu selepas dia dijaga selama dua tahun oleh seorang pengasuh.
“Pasangan itu turut dikurniakan seorang anak lelaki berusia tiga bulan dan kini dijaga adik wanita itu,” katanya.

Khaw berkata, mayat Lee dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kes itu adalah yang ketiga membabitkan kanak-kanak mati didera dalam dua bulan lalu. Pada 25 Februari lalu, Syafia Humairah Sahari, juga tiga tahun, meninggal dunia dipercayai didera oleh teman lelaki ibunya di Taman Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali.

Seminggu selepas itu, K Haresvarren, 18 bulan, meninggal dunia juga akibat didera dipercayai oleh suami pengasuhnya di Kayu Ara, Damansara dekat sini.

Sementara itu, seorang penghuni pangsapuri itu, Samsul Madi, 30, berkata beliau sering mendengar kanak-kanak menangis pada waktu malam dan awal pagi, tetapi tidak pasti dari rumah mana.

"Boleh dikatakan setiap hari saya dengar kanak-kanak menangis dan suara perempuan marah-marah," katanya.

Seorang jiran yang enggan namanya disiarkan pula berkata setiap kali melalui hadapan rumah pasangan itu, beliau sering mendengar suara kanak-kanak menangis.

“Saya tidak kenal Lee, tetapi setiap kali melintas di hadapan rumahnya untuk ke kedai, saya sering dengar tangisan kuat sampai teresak-esak, tapi saya tidak syak apa-apa, biasalah budak menangis,” katanya.

Cheers!!

Wednesday, April 14, 2010

Tips Membendung Rasa Takut & Gementar Semasa Berucap

Bagi membendung rasa takut dan gementar semasa berucap, berikut adalah 25 langkah yang boleh dijadikan panduan dalam mengatasi masalah anda:


  • Berdoa kepada Tuhan agar anda diberi ketenangan dan kejayaan ketika berucap.
  • Tarik nafas dalam-dalam bagi mengurangkan ketegangan pada tubuh. Langkah ini dapat mengurangkan rasa gugup anda ketika berhadapan dengan orang ramai.
  • Anggap khalayak sebagai rakan anda dan jangan terlalu risau dengan jumlah hadirin yang ramai.
  • Elakkan menjalin pertemuan mata dengan setiap orang sebaliknya melihat kearah aras kepala setiap orang seolah-olah anda melihat mereka.
  • Datang lebih awal ketempat anda berucap supaya anda dapat mengenali dan menguasai lokasi terbabit. Dekati hadirin anda dan berbual dengan mereka kerana secara psikologinya ia memberi keyakinan apabila anda mula berucap.
  • Jalin hubungan mata dengan khayalak yang mesra dan melemparkan senyuman kepada anda atau mengangguk kerana dengan cara itu anda tidak merasa tertekan berbanding melihat wajah yang serius.
  • Yakinkan diri anda akan berjaya dan bersikap positif. Khayalak sebenarnya tidak ingin melihat anda gementar atau takut kerana mereka mahu mendengar ucapan umum yang baik dan berinformasi.
  • Elakkan daripada memegang kertas kerana jika anda gementar ia akan kelihatan terketar-ketar dan ini akan menambahkan perasaan gementar serta tertekan.
  • Cuba hafal kenyataan minit-minit awal supaya anda akan kelihatan yakin berada di hadapan.
  • Tanya soalan juga satu cara untuk membunuh rasa takut dan gementar.
  • Buat persediaan yang cukup kerana kajian mendapati kurangnya persiapan membuatkan anda lebih gementar. Dapatkan data, statistik, maklumat dan contoh yang sesuai supaya anda dilihat sepuluh langkah di hadapan berbanding khalayak.
  • Belatih dan terus berlatih membuatkan anda lebih bersedia. Jika tidak mahu bercakap di hadapan rakan, gunakan cermin sebagai langkah berlatih.
  • Cuba tenangkan diri secara jasmani sebelum berucap. Ambil beberapa langkah untuk bertenang seperti mandi, berenang dan mendengar muzik.
  • Buat permulaan berdiri di belakang podium atau rostrum akan membunuh rasa takut dan gementar tetapi kawal bahasa badan anda dengan tidak berpegang kepada rostrum berkenaan.
  • Berjalan di tengah khalayak ramai apabila sudah mendapat keyakinan. Dengan cara ini anda sebenarnya sudah menjalin hubungan dengan mereka.
  • Ketahui khalayak anda sebelum turun ke gelanggang kerana ia dapat menyesuaikan anda dengan bahan ucapan, contoh humor dan sebagainya.
  • Jangkakan soalan kerana anda akan bersiap sedia dengan jawapannya jika ia ditanya.
  • Jangan beritahu khalayak mengenai ketakutan anda kerana mereka tidak akan tahu sekiranya anda tidak menunjukkan dengan perbuatan anda.
  • Elakkan daripada menghafal seluruh isi kandungan dan ayat utama dalam teks ucapan anda kerana ia lebih memberi tekanan.
  • Lakukan senaman kecil seperti menekan tapak tangan atau kaki kelantai tetapi jangan sampai ia kelihatan ketara di mata hadirin.
  • Bunuh fikiran negatif dan jangan biarkan ia menguasai minda dan emosi anda. Fikir positif akan memberi keyakinan berbanding kegagalan.
  • Fokus kepada ucapan dan elakkkan daripada melakukan atau memikirkan perkara lain seperti apa khalayak memikirkan mengenai anda.
  • Awasi cara anda duduk kerana cara duduk juga membantu anda mengurangkan tekanan.
  • Minum air kosong untuk membasahkan tekak.
  • Bercakap dengan perlahan kerana jika anda berucap dengan pantas ia seolah-olah memperlihatkan anda ingin segera menghabiskan ucapan selain memburukkan keadaan.


Sumber: http://www.familiazam.com/


Cheers!!

Saturday, April 10, 2010

Takziah....Condolences...

Ucapan takziah ditujukan kepada semua kaum keluarga Mendiang Datuk Robert Lau atas pemergian beliau semalam. Diharapkan semoga roh nya dirahmati.


Also,

Our deepest sympathy goes to the people of Poland for the lost of their President and some of the country's highest military and civilian leaders in a presidential plane crashed on Saturday.


May God bless their soul. Amen!


Thursday, April 8, 2010

Best Ni...Katak Berlumba (Sila Baca)

Pada suatu hari ada sekumpulan katak-katak kecil...yang berlumba-lumba. Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi.

Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberikan semangat kepada para peserta...
Perlumbaan pun dimulakan...

Secara jujur:
Tak satupun penonton benar2 percaya bahawa katak2 kecil akan boleh berjaya mencapai puncak menara.

Terdengar ada yang berkata:
"Oh, jalannya terlalu susahhhhh!!
Mereka TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak."

atau:

"Tidak ada kesempatan untuk berjaya...Menaranya terlalu tinggi...!!

Katak2 kecil mulai berjatuhan. Satu persatu...Kecuali mereka yang tetap bersemangat menaiki menara perlahan-lahan semakin tinggi...dan semakin tinggi...

Penonton terus bersorak

"Terlalu susah!!! Tak seorangpun yang akan berjaya!!!"

Lebih banyak lagi katak kecil penat dan menyerah...Tapi ada SATU yang tetap melangkah hingga semakin tinggi dan tinggi...
Dia tak mahu menyerah kalah!

Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali satu katak kecil yang begitu berusaha keras dan menjadi satu-satunya yang berjaya sampai ke puncak!
SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya?
Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang berjaya itu mempunyai kekuatan untuk mencapai tujuan?

Ternyata...
Katak yang menjadi pemenang itu TULI!!!!

Nasihat bijak dari cerita ini adalah:

Jangan sesekali mendengar kata orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis...karena mereka akan mengambil sebahagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu.

Selalulah fikirkan kata2 bertuah yang ada.
Karena segala sesuatu yang kau dengar dan kau baca boleh mempengaruhi perilakumu!
Kerana itu:
Selalulah tetap....
POSITIVE!
Dan yang terpenting:

Bersikap TULI jika ada orang mengatakan bahawa KAMU tidak boleh mencapai cita-citamu!
Selalulah berfikir:
I can do this!

Cheers!!!

Tuesday, April 6, 2010

Etika Di Dalam Rangkaian Sosial

Kali ini pula saya akan memberikan beberapa tips yang boleh kita renungkan bersama terutamanya kepada pengguna-pengguna internet yang seringkali terdedah dengan bahaya-bahaya seperti jenayah siber, serangan virus, pencurian maklumat, kebocoran rahsia dan sebagainya. Sebanyak 6 tips yang saya adaptasi dari sebuah majalah tetapi sedikit olahan telah dibuat terhadap ulasan-ulasan setiap tips tersebut. Keenam-enam tips itu adalah:-

Semuanya awam

Pastikan anda tidak memasukkan semuanya mengenai butir peribadi diri anda ke dalam laman sosial ini. Jika perlu untuk berbuat demikian, hendaklah maklumat tersebut tidak membuatkan anda 'terhantuk' di kemudian hari. Paling penting anda haruslah bersedia dengan risiko-risiko yang bakal dihadapi sebaik sahaja butir-butir diri anda 'terbang' di internet.

Segalanya dimeterai
Anda sudah terikat dengan perjanjian pengguna yang anda setuju semasa pendaftaran. Walauapapun yang anda buat, jangan ingat bahawa anda akan mudah terlepas begitu sahaja sebaik sahaja anda menerima terma dan syarat daripada pembekal website tersebut. Segala maklumat yang anda beri semasa mendaftar telah sedia disimpan di dalam 'database' untuk memudahkan semua urusan anda dengan penyedia laman web tersebut.

Tidak semuanya jujur atau benar
Tidak semuanya maklumat yang anda dapat daripada rakan internet anda mengenai diri mereka adalah benar..Ingat!! segalanya mungkin melalui internet. Oleh itu, adalah dinasihatkan supaya berhati-hati semasa anda berhubung dengan rakan-rakan yang baru anda kenali apatah lagi mereka yang tiada identiti langsung!

Tapis diri anda sendiri
Pastikan segala yang anda tulis ditapis dan jangan sekali-kali menabur fitnah atau melepaskan geram pada individu terbabit secara langsung..Jika perlu berkias la...!!! Ini untuk memastikan bahawa blog atau 'page' anda itu tidak disenarai hitamkan oleh penggguna yang lain selain untuk tidak mewujudkan suasana tegang di dalam dunia maya ini.

Tidak semua perlu tahu
Tidak semua maklumat atau pergerakan diri anda perlu diberitahu kerana ini akan menyebabkan ancaman kepada diri anda sendiri. Ini bahagian paling penting di mana anda tidak digalakkan sama sekali untuk meletakkan semuanya berkenaan dengan diri anda dengan lengkap sehingga ke sebesar titik noktah sekalipun. Cukup hanya sekadar dapat untuk menerangkan serba-sedikit mengenai anda.

Asingkan
Jika anda mempunyai kawan yang ramai sila asingkan rangkaian laman web anda dan buka sebuah laman web peribadi. Asingkan maklumat peribadi dan maklumat berkaitan kerja. Jangan masukkan bahan-bahan kerja dalam laman web peribadi anda. Mungkin ada diantara ada yang tidak mahu maklumat peribadi diketahui rakan sekerja dan begitu juga sebaliknya, maka apa tunggu lagi...asingkan web peribadi anda dengan web kerja anda jika ada.

Akhir sekali, selamat membina rangkaian sosial yang selamat di dunia maya ini.

Cheers!!!

Sunday, April 4, 2010

Budi Bahasa Budaya Kita

Sebagai sebuah negara yang terkenal dengan keramahan dan kemesraan rakyatnya, kita telahpun menjadi satu contoh yang sangat unik kepada dunia. Kempen 'budi bahasa budaya kita' memang sudah dipupuk sejak dari dulu lagi.

Tapi disini saya nak kongsikan satu cerita pendek la...Alkisahnya begini dimana ada satu kali saya naik bas kononnya baru balik dari Hospital Miri. Masa tu masih pagi lagi dalam kira-kira jam 10.30 gitu. Tunggu punya tunggu maka datanglah sebuah bas yang bernombor 33A (Pujut) kalau tak silap.

Saya naiklah bas itu untuk ke bandar. Tapi, pemandu bas tersebut mengingatkan saya terpaksa bayar lebih kalau nak ke bandar menaiki basnya itu kerana dia perlu pusing jauh dulu ke pujut. Kalau nak cepat dan bayar kurang sikit tambang maka kena tunggu bas yang satu lagi kat belakang. Tapi, lepas lama juga menunggu tadi maka saya tak kisah la mahal pun mahal lah...janji saya lepas dari kawasan hospital...malas sudah mau tunggu lama-lama orang pula ramai pandang kita semacam jak. Tak selesa rasanya.

Dalam bas itu saya mengambil tempat duduk di depan sekali tak jauh dari pemandu. Apa tidaknya saya pun bukannya biasa naik bas Pujut. Semasa dalam perjalanan tetiba loceng bas berbunyi menandakan ada penumpang yang nak turun. Bas pun berhenti seketika menurunkan penumpang. TETAPI, apa yang menyebabkan saya tergamam seketika apabila terdengar pemandu bas tersebut mengucapkan 'TERIMA KASIH dan JUMPA LAGI' kepada penumpang yang turun tadi. Bukan setakat itu sahaja malah semua penumpang yang turun dia ucapkan begitu.

Begitu juga apabila ada penumpang yang naik ke dalam bas dia tu...dengan cerianya dia mengalu-alukan semua penumpang yang naik ke dalam bas dengan ucapan 'SELAMAT DATANG dan SELAMAT PAGI'. Wahh..terdetik di hati kecil saya ketika itu kalaulah semua pemandu bas macam ini alangkah bagusnya 'service' yang mereka tawarkan.

Persoalannya disini, mengapakah masyarakat kita begitu payah nak amalkan budaya seperti ini?? Susah sangatkah nak ucapkan 'Hai', 'Selamat Pagi/Petang/Malam', 'Salam Sejahtera', 'Apa Khabar', 'Sihat ker?', 'Terima Kasih' atau apa-apa saja yang seumpamanya. Paling tidak pun cukuplah sekadar bagi senyuman. Tapi kena berpada-padalah kalau nak senyum tu...percuma plak korg nanti kena cop sebagai tak siuman! hahahaaa....

Lirik lagu 'Budi Bahasa Budaya Kita' sangat bagus dan halus untuk dihayati. Lagu dendangan Datuk Siti Nurhaliza ini setiap hari berkumandang di corong-corong radio dan juga tersiar hampir setiap hari di dalam kaca tv. Fungsinya cukup untuk memberi kesedaran dan bimbingan kepada semua lapisan masyarakat kita untuk hidup penuh bertoleransi dan mesra antara satu sama lain apatah lagi di dalam sebuah negara yang mempunyai sejumlah kelompok etnik yang ramai yang bukan sahaja berbeza dari segi fahaman agama malah budaya dan juga tradisi setempat.

Baiklah setakat ini dahulu perkongsian yang dapat saya ungkapkan di sini. Diharapkan agar kita semua sentiasa berbudi bahasa antara satu sama lain tak kira di mana sahaja kita berada.

Senyum-senyumlah selalu kerana senyuman itu adalah anugerah yang cukup berharga dalam sesebuah hubungan kita dengan semua orang.

Senyuman mampu meluluhkan hati seseorang yang sedang marah...
Senyuman mampu menggembirakan hati seseorang yang sedang sedih...
Senyuman mampu menyejukkan hati seseorang yang sedang panas...
Senyuman mampu menceriakan hati seseorang yang sedang muram...
Senyuman mampu mencairkan hati seseorang yang sedang keras...
Senyuman....
Senyuman....
Senyuman....

Marilah kita berikan SENYUMAN kepada semua orang....

Cheers!!!

Saturday, April 3, 2010

Happy Easter 2010

Di dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Paska kepada semua umat-umat Kristian diseluruh dunia. Ambillah peluang di saat ini untuk merenung kembali jauh ke dalam diri kita apakah yang telah kita lakukan untuk Tuhan?? Adakah apa yang kita lakukan ini sesuai dengan rencanaNya??

Memang agak payah untuk kita mengharungi liku-liku kehidupan di dunia ini tetapi kita juga harus ingat bahawa kehidupan dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh Yesus adalah jauh lebih perit dan pedih daripada yang dapat kita gambarkan. Namun, Dia tetap juga menebus dosa kita dengan menggantikan sendiri nyawanya sebagai korban.

Hari ini - Hari Paska - adalah hari untuk kita mengingat kembali bahawa kebangkitan Tuhan Yesus telah mengalahkan kematian!!! Kematian sekalipun tidak dapat menandingi kekuasaan Tuhan kita. Kebangkitannya menandakan bahawa kita telah diselamatkan.

Tuhan Yesus telah bangkit....ALLELUIA!!!

Amen!