Wednesday, November 11, 2015

Puji Syukur Padamu Tuhan

Salam Damai,


Yahooooooooo!!!!!! Keriangan di hatiku tak terkata lagi. Aku merasa bagaikan mati hidup kembali!!! Si dia yang aku sayangi telah memaafkan dan mengampuni aku. Cerahnya terbit mentari pagi pun tak secerah keceriaan yang terpancar di wajahku saat aku bangun pagi tadi. Bagaikan mimpi di malam hari tapi inilah kenyataan yang terjadi. Sungguh besar mukjizatmu Ya Tuhan. Aku memanjatkan syukur dan pujian kepadamu kerna telah mendengarkan doaku. Terima kasih Tuhan. 


Pada entri hari ini, aku tak ingin nak celoteh panjang lebar. Aku nak meraikan kegembiraan ini sahaja. Hatiku melonjak girang. Terima kasih sayang kerna telah memaafkan diriku. Kini hubungan kami sudah pulih kembali jernih seperti biasa. Aku sayang dirimu sepertimana dirimu menyayangiku. Janjiku akan ku pegang utuh. Takkan aku runtuhkan tiang kesetiaan dan keikhlasan ini. 

With Love

Tuesday, November 10, 2015

Tiga Malam Tanpa Bintang

Salam Damai,

Beberapa hari ini tidurku tidak lena. Hatiku gundah. Jiwaku kacau. Fikiranku galau. Emosiku tak tenteram. Cuma dengan lagu aku bicara. Istimewa untukmu sayang lagu ini kutujukan untuk dirimu. Dan sila hayati lirik nya kerna aku tidak tau apa yang nak diucapkan lagi. Namun, aku tetap menunggu balasan mesej darimu. Aku yakin dirimu butuh masa untuk tenteramkan hati. Aku tetap bersabar menunggumu. Aku menyayangimu sepenuh jiwa ragaku. Mari kita jernihkan semula hubungan kita ini ya. Ampunkan aku sayang...

Kasih...maafkan diriku
Banyak dosaku padamu
Tidak terhitung jari-jemari kaku
Tak dapat dibilang bagai bintang beribu
Sukarnya diriku menebus kekhilafan yang lalu

Kasih...engkau tak bersalah
Hanya hatiku yang buta
Tulus dan ikhlas kau korban jiwa raga
Dan tanpa belas ku buat kau kecewa
Ku tahu dirimu sukar melupakan segalanya


Tiga malam tanpa bintang
Dan diriku dihimpit penyesalan
Arah tuju kian fana
Kerna hilangnya mahnida
Bagaikan siang diselubung gerhana

Kembalikan senda tawa
Pulangkanlah manis disenyum manja
Ku pahatkan keinsafan
Dan patrikan kesetiaan
Sehingga nadi menafikan nyawa

Kasih...maafkan diriku
Banyak dosaku padamu
Tidak terhitung jari-jemari kaku
Tak dapat dibilang bagai bintang beribu
Sukarnya diriku menebus kekhilafan yang lalu

Kasih...engkau tak bersalah
Hanya hatiku yang buta
Tulus dan ikhlas kau korban jiwa raga
Dan tanpa belas ku buat kau kecewa
Ku tahu dirimu sukar melupakan segalanya
Kasih...

With Love

Diari #2 Tanggal 9 November 2015

Salam Damai,

Hari ini kisahku bermula seperti biasa seawal pagi akan ku kirimkan whatsapp dan pesanan ringkas kepadanya. Ternyata, dia masih marahkan aku kerna tiada balasan yang aku trima selepas itu. Sayang, aku ingin dikau tahu bahwa dihatiku cuma ada dirimu. Aku tak sanggup mengharungi liku-liku kehidupan ini sendirian begini. Tanpa dirimu, tawamu, candamu, ucapanmu, kata-katamu serta gurau sendamu membuatkan hari-hariku begitu kosong dan tidak bermakna. 


Kebetulan pada hari ini juga aku akan menghadiri sesi temuduga yang berlangsung dari pukul 8:30am-4:00pm. Namun, aku terpaksa menunggu giliranku sehingga ke pukul 2:00pm. Di dalam penantian ini, bermacam-macam perkara timbul di benak fikiranku hinggakan aku tak begitu dapat fokus sepenuhnya dengan temuduga yang akan dijalankan ini nanti. Tapi, aku coba untuk gagahkan dan kuatkan semangat diri untuk menghadapinya secepat mungkin. Kalau diikutkan hati aku, ingin sangat rasanya aku menjadi orang yang pertama untuk masuk ke bilik temuduga agar aku dapat cepat-cepat menamatkan sesi temuduga ini. 

Engkaulah kekuatanku sayang. Setiap kali aku pergi temuduga, engkaulah yang akan memberikan kata-kata semangat buatku. Dirimu juga yang akan mendoakanku dan dirimu juga yang akan menemaniku dan bertanyakan khabar udah gimana semuanya setelah setiap kali aku selesai temuduga. Namun, semua ini senyap, sepi tanpa sahutan darimu. Aku tetap juga akan memaklumi semuanya kepadamu soalnya aku mau dirimu tahu dan tidak risau akan aku. 

Setelah siap temuduga, aku berehat sebentar kat pasar sementara menunggu pulang ke rumah. Fikiranku buntu. Walaupun dirimu masih marah dan kecewa denganku, aku tetap berada disampingmu. Aku menyayangimu lebih tinggi dari langit yang paling tinggi dan lebih dalam lagi daripada dalamnya lautan yang paling dalam. Aku tahu dirimu juga begitu malah cintamu kepadaku lebih kuat tanpa sangsi denganku. Ya sayang, aku berdosa denganmu. MAAFKANLAH AKU SAYANG...

Seperti hari sebelumnya, makanku juga tiada selera. Apa yang dimakan umpama makan tidak berkuah. Bak kata pepatah Iban 'makai bekuah ke ai mata' yang dalam bahasa melayu maksudnya 'makan berkuahkan air mata'. Sayang, dengarlah aku yang merayu padamu ini. Aku akan setia menunggumu sehingga marahmu reda. 


Aku durhaka kepadamu. Ya, mungkin inilah ungkapan yang paling sesuai untukku. Bisikan hati aku yang tidak diridhai Tuhan telah membuatkan aku betul-betul mendurhaka kepadamu sayang. Izinkan aku untuk menebusnya kembali kerna aku tahu aku sudah tidak tahu apa-apa lagi yang nak dikatakan. Sayang, aku bermohon dengan Tuhan agar diriku diampuni. Oh Tuhan, dengarkanlah rintihan hatiku. Hanya kepadamu ku bersujud memohon keampunan atas semua kesilapan dan kekhilafan yang telah aku lakukan terhadap dirinya yang teramat aku sayang. Andai bisa kuundur masa, ingin sekali aku mengubah saat-saat yang berlaku itu supaya menjadi satu saat yang indah dan gembira. Ya Tuhan aku mohon kepadamu sejukkanlah hatinya. Hanya kepadamu aku berserah. Amin. 

Sayang, aku rindu padamu. Sungguh! Tolong balas mesejku kerna aku sangat risau. Aku ingin sekali menghubungimu tapi aku takut tanpa keizinanmu nanti akan mengeruhkan lagi keadaan. Jadi, sebaiknya aku mesej sahaja dan aku mahu sayang tahu bahwa aku tetap setia menunggu balasan mesej darimu sampai kapan-kapan pun sehingga hatimu sudah tenang dan reda. 

With Love

Monday, November 9, 2015

Diari #1 Tanggal 8 November 2015

Pertemuan kita pada pagi ini sekitar pukul 9:30am di KFC bandar Miri merupakan sesuatu yang sungguh indah sekali kerana dapat sarapan makan bersama. Kita bercanda berdua, gurau senda dengan riang hati sambil menikmati menu nasi dan ayam serta air pepsi (teringin nak order set combo tapi cuma akan ada selepas pukul 11am)

Selesai makan kita pun berjalan bersama di pasar Miri sambil duduk minum lagi teh panas di kedai tepi jalan. Oh sungguh bahagia rasanya pada hari ini untuk kita sayangku. 

Tapi, tiba-tiba setelah jam menunjukkan pukul 1:30pm, segala-galanya berubah. Kusangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari; begitulah hakikatnya apa yang telah terjadi antara kita. Kerna keegoanku, sifatku, khilafku, perasaanku yang dihantui bagai dirasuk membuatkanku mencurigaimu tanpa mengambil tahu akan perasaanmu ketika itu. 

Dirimu pun terus berubah marah denganku. Sayang, aku tahu aku bersalah berbuat begitu kepadamu. Aku tak harus ada perasaan curiga akan cinta kita. Aku bersalah denganmu. Hakikat cinta dan perasaan sepatutnya tak harus aku adunkan bersama. Kini aku mengerti bahwa cinta harus bertonggak kepada satu dasar iaitu kepercayaan antara kita. 

Aku terlalu jahat padamu. Setelah aku sedar, aku coba untuk memohon maaf dan meminta ampun yang sesungguhnya ikhlas dari dalam hatiku, benak jiwaku namun ternyata sia-sia kerna dirimu membisu seribu bahasa denganku ketika itu. Aku tahu aku tak patut berbuat begitu terhadapmu. Aku telah menyakiti hatimu. Aku telah berdosa dan aku sangat menyesal atas keterlanjuran dan kesilapan yang telah aku lakukan kepadamu. 


Sayang, aku tetap setia menemanimu pulang pada pukul 4:30pm. Sungguh berat hatiku membiarkanmu pulang tanpa sebarang bicara sepatah kata pun denganku. Malah, menolehku pun dirimu tidak. Aku takut sayang. Aku sangat..sangatttt takut kerna cintaku padamu begitu mendalam. Petangnya aku coba untuk mengirim teks mesej SMS dan juga whatsapp juga tiada balasan darimu. 

Sayang, aku sangat sedih. Makan pun aku tak kenyang. Tidur malamnya pun aku tak lena sambil berlinangan air mata. Walaupun di luar mukaku kelihatan senyum tetapi hatiku menderita dihukum begini sayang. Bagiku, seberat manapun hukuman dunia, berat lagi hukuman ini untukku. Andai kata aku dihukum mati sekalipun aku rela asalkan aku tidak dihukum oleh CINTA

Fikiranku celaru..emosiku serabut bagaikan orang yang kehilangan arah tujuan dan bagaikan kapal hanyut sesat di lautan luas. Aku tidak berdaya sayang. Aku insan yang lemah dalam mengharungi situasi begini. Tolonglah sayang jangan terus membisu. Aku membutuhkan dirimu. Aku berjanji tidak akan menyakitimu lagi. 

Bagiku DIRIMU ADALAH; 
kompasku...
penyemangatku...
kekuatanku...
jiwaku...
hidupku...
diriku...

Dirimu sentiasa ada didalam mataku yang menemani arah tujuku. Takkan ku pesongkan pandanganku kerna dihatiku, akalku, mataku semuanya ada dirimu. Cintaku tidak pernah seteru kerna dikau adalah hidupku. Cintaku adalah tulus, suci dan murni. Jangan bimbang sayangku. Usah dirimu ragu akan ku jaga hati dan diriku untukmu. Dan juga aku akan memegang utuh dan kukuh cinta kita hingga ke hujung nyawa. 

Sayang, aku merayu cukuplah jangan marah lagi. Kita jernihkan keadaan. Dengan linangan air mata aku mencoretkan semua ini sayang. Andai air mata ini bisa dijadikan tinta untuk memadamkan api kemarahanmu sudah pasti aku sanggup untuk menumpahkannya demi dirimu. 

Sayang, aku mohon padamu MAAFKANLAH AKU...AMPUNILAH AKU...sepuluh jari kususun dari hujung rambut ke hujung kaki aku bermohon kepadamu. Jiwaku terseksa...diriku sengsara menanggung beratnya beban hukuman ini. Dengarlah rintihan hatiku ini sayang. 


I love you so much. You Mean Everything To Me! Lagu ini kusisipkan istimewa untukmu sayangku YK. 

With Love