Tuesday, March 30, 2010

Status Azam 3 Bulan Yang Lalu

Sedar tak sedar sudah 3 bulan kita berada di tahun 2010 ini. Namun, ini masih terlalu awal untuk menilai hasil yang kita azamkan di awal tahun ini tdi samada tercapai, dalam proses untuk mencapai ataupun pasrah untuk mencapai! Sebaiknya, cuba elakkan yang ketiga tu wujud kerana seperti yang saya katakan tadi, masih terlalu awal untuk melihat hasilnya ketika ini.

Bagi saya sendiri lah, begitu banyak benda dan perkara yang saat ini mencorak kehidupan kita. Boleh diumpamakan seperti seekor burung --> yang terbang ramai dan begitu pula yang hinggap pun ramai. Susah juga nak memberi pandangan seperti ini tetapi kita ini sebagai seorang manusia memang sentiasa hendakkan yang terbaik dalam hidup. Walau sesukar manapun untuk dicapai, sabar itu hendaklah ada.

Tanpa kesabaran, semua benda memang takkan menjadi. Tetapi, sejauh manakah kesabaran kita itu memberi kita petunjuk untuk tidak pernah menyerah kalah, itu kita sendiri kena fikif-fikirkan. Jangan biarkan kehidupan menguasai diri kita. Biarlah kita yang menguasai kehidupan. Jika kehidupan menguasai kita, maka inilah punca di mana setiap kali ada apa yang berlaku, kita akan cepat menyerah kepada takdir sedangkan takdir itu boleh berubah jika kita ada keinginan untuk mengubahnya dengan berbekalkan keimanan di dada.

Berilah peluang kepada 3 bulan yang akan datang untuk menilai kembali azam anda untuk 3 bulan yang sudah lepas ini. Kaji punca di mana penghalang yang menyebabkan azam itu tidak kesampaian. Atau mungkinkah bak kata pepatah 'bagai pungguk rindukan bulan' - 'bagai menunggu bulan jatuh ke riba' - 'jauh langit dari bumi'.

Kalau itulah hendaknya, boleh tapi usaha kena lebih! Jangan alang-alang menyeluk pekasam. Kalau nak seluk juga, seluklah sampai kepala sekali masuk tempayan. Ingat tu!

Baiklah saya pun taknak share banyak kat sini. Semakin menaip semakin tak nak keluar plak idea ni. Kering kontang jak kepala. Apa2 pun, saya nak ucapkan in advance :

SALAM APRIL FOOL - 1 APRIL 2010

Cheers!

Saturday, March 27, 2010

Earth Hour 2010 on 27 March 2010 @ 20:30hrs

Salam Hijau Semua,

Hari ini merupakan hari yang sungguh bersejarah di mana setiap tahun kita bersama-sama dengan seluruh penduduk dunia menunjukkan kesedaran tentang betapa pentingnya menjaga keselamatan dan keamanan dunia ini daripada pencemaran alam sekitar. Diharapkan dengan kempen-kempen yang dilaksanakan oleh World Wildlife Federation (WWF) ini mendapat sokongan penuh semua warga tanpa mengira kaum, bangsa, agama dan latarbelakang kita dalam menangani pemanasan global akibat penipisan lapisan ozon.

Oleh itu, pada malam ini, sama-samalah kita bergelap selama 1 jam...Ya!! Hanya 1 jam sahaja!! mulai pukul 8:30pm sehingga 9:30pm - seantero dunia mengikut kontinen-kontinen masa di mana anda berada - menyambut EARTH HOUR 2010!!!







Cheers!!!

Thursday, March 25, 2010

Selamat Menyambut Hari Polis ke-203




Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan kebanggaan kepada semua warga PDRM di seluruh negara atas khidmat bakti dalam menjalankan tugas-tugas seharian yang penuh mencabar.

Sempena sambutan Hari Polis pada hari ini yang ke-203, ucapan juga ditujukan kepada semua kawan2 saya khasnya dan juga seluruh warga PDRM amnya. Diharapkan agar kalian menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan penuh kecekalan.

Skuad.......TABIK!!!

Monday, March 1, 2010

Gathering cum Farewell Dinner...

Wahhh...Kembali lagi aku ke dalam blog ni yang telah lama aku tak 'update'. Bukannya apa sebab jarang ada masa nak 'update'. Tiap kali selepas balik keja badan plak yang penat-penat ditambah pula dengan kengantukan (ada ker perkataan ni??) menyebabkan rasa malas (penyakit M) nak buka blog. Namun, hari ini aku cuti so boring-boring ni saje nak upload gambar 'gathering' ngan member2 semalam.

Ramai punya ramai la orang yang datang makan kat restoran ni semasa kami sampai. Nasib baik la ada juga terjumpa sebuah meja di salah satu sudut yang aku kira agak strategik untuk berkumpul. Sementara menunggu member2 yang lain, sempat gak kami bergambar dahulu. Tetapi, sebenarnya 'gathering' ni untuk mengucapkan 'Selamat Tinggal' kepada rakan sekerja kami yang akan mula bekerja di sebuah kompeni perladangan hari ini.

To Mr. Daud,

Kami di RSMMRS mendoakan kejayaan anda di tempat baru. Terima kasih atas segalanya yang telah kita semua harungi, tempuhi, suka dan duka, kesukaran serta kesenangan yang kita kongsikan bersama. Semoga anda beroleh rezeki yang lebih baik dan pengalaman yang baru di tempat baru!

All the best and Good Luck!!!

Ikhlas daripada kami semua di RS:-