Tuesday, March 30, 2010

Status Azam 3 Bulan Yang Lalu

Sedar tak sedar sudah 3 bulan kita berada di tahun 2010 ini. Namun, ini masih terlalu awal untuk menilai hasil yang kita azamkan di awal tahun ini tdi samada tercapai, dalam proses untuk mencapai ataupun pasrah untuk mencapai! Sebaiknya, cuba elakkan yang ketiga tu wujud kerana seperti yang saya katakan tadi, masih terlalu awal untuk melihat hasilnya ketika ini.

Bagi saya sendiri lah, begitu banyak benda dan perkara yang saat ini mencorak kehidupan kita. Boleh diumpamakan seperti seekor burung --> yang terbang ramai dan begitu pula yang hinggap pun ramai. Susah juga nak memberi pandangan seperti ini tetapi kita ini sebagai seorang manusia memang sentiasa hendakkan yang terbaik dalam hidup. Walau sesukar manapun untuk dicapai, sabar itu hendaklah ada.

Tanpa kesabaran, semua benda memang takkan menjadi. Tetapi, sejauh manakah kesabaran kita itu memberi kita petunjuk untuk tidak pernah menyerah kalah, itu kita sendiri kena fikif-fikirkan. Jangan biarkan kehidupan menguasai diri kita. Biarlah kita yang menguasai kehidupan. Jika kehidupan menguasai kita, maka inilah punca di mana setiap kali ada apa yang berlaku, kita akan cepat menyerah kepada takdir sedangkan takdir itu boleh berubah jika kita ada keinginan untuk mengubahnya dengan berbekalkan keimanan di dada.

Berilah peluang kepada 3 bulan yang akan datang untuk menilai kembali azam anda untuk 3 bulan yang sudah lepas ini. Kaji punca di mana penghalang yang menyebabkan azam itu tidak kesampaian. Atau mungkinkah bak kata pepatah 'bagai pungguk rindukan bulan' - 'bagai menunggu bulan jatuh ke riba' - 'jauh langit dari bumi'.

Kalau itulah hendaknya, boleh tapi usaha kena lebih! Jangan alang-alang menyeluk pekasam. Kalau nak seluk juga, seluklah sampai kepala sekali masuk tempayan. Ingat tu!

Baiklah saya pun taknak share banyak kat sini. Semakin menaip semakin tak nak keluar plak idea ni. Kering kontang jak kepala. Apa2 pun, saya nak ucapkan in advance :

SALAM APRIL FOOL - 1 APRIL 2010

Cheers!

No comments:

Post a Comment