Thursday, January 14, 2010

Sejukkkkkkk + Musim Tengkujuh!!!

Alangkah indahnya kalau yang turun adalah salji. Alangkah indahnya kalau yang melanda adalah ribut. Alangkah indahnya kalau dapat tidur dibuai kesejukan..opsss apa plak ni kalau dah sejuk tu pakai le selimut kan..ahakss

Cuma nak kata sejak beberapa hari ni seluruh Bahagian Miri memang tak nampak matahari lah. Bukannya apa musim hujan/tengkujuh dahpun melanda. Bak kata orang di tempat orang putih sekarang ni sedang 'berperang' ngan salji tebal walhal kita kat sini plak dilanda hujan lebat tak henti-henti. Bukan saja nak keluar malah nak jemur pakaian pun susah. Tak hairanlan kalau ada sesetengah antara kita ni nanti yang pakai pakaian yang masih basah turun kerja. Kalau ada tu faham-faham jer la ngan member2 kita ni ok. Jangan plak korang mengata mereka faktor cuaca apa leh buat la katakan!

Ni beralih plak kepada tabiat masyarakat kita yang suka memandu dengan merbahaya. Ada kenderaan sendiri tu memang syok abihhh la weii. Mana-mana nak pergi memang tak pernah lekang walaupun kerja bertimbun di pejabat. Hah! Pastu plak balik umah bawa fail bertingkat-tingkat kata ngan family banyak kerja sedangkan kat ofis pun kalau nak siapkan kerja belum tengahari pun dah siap sepatutnya. Biasa la orang kita ni kan. Kalau tak buat camtu tak der la kerja nanti nak buat.

Bercakap pasal orang yang memandu ni, sekarang musim hujan. Jalanraya plak bukannya kenal ngan kenderaan yang korang pakai. Baik kecil, besar, tinggi, rendah, lebar, nipis (ader ker?) - asalkan korang berada di jalanraya memang akan berdepan dengan risiko menyabung nyawa! Sedangkan lidah lagi tergigit, sedangkan jalanraya yang kering tatkala musim panas kemarau kering kontang pun bleh eksiden, inikan pula jalan yang licin bagaikan cermin!!! Kalau tak berhati-hati padah menimpa tau!

Ingatlah akan kempen yang pernah dilancarkan suatu ketika dahulu - 'BERHATI-HATI DI JALANRAYA, INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG'. Hah! Ingat tak korang ni?? Lupa dah..ayoooo ni la masanya kita mengimbas kembali bagi mengingatkan korang semua. Tak kira lah korang nak ingat akan siapa semasa memandu, asalkan muka orang tu sentiasa terbayang di ingatan pasti korang akan bersemangat untuk memandu dengan tenang dan berwaspada. Jangan plak termenung sampai mengelamun tak tentu pasal kang nanti kena saman baru tau..

Apa-apapun, sifat timbangrasa dan hormat-menghormati antara satu sama lain semasa menggunakan jalanraya itu yang penting. Tidak dinafikan ada banyak kerenah pengguna yang lain yang akan korang jumpa semasa musim hujan/tengkujuh ni nanti tapi sabar jer la. Yang penting ianya tidak menyakitkan kedua-dua pihak. Di hati memang akan ada rasa nak menyumpah seranah orang yang memandu bodoh-bodoh ni tapi tahan jer la cuma jangan sampai jadi samseng jalanan nanti korang sendiri plak yang susah. Ada sesetengah tu uiiinaaaaaaaa...bukan main lagi speed mengalahkan Formula 1(F1), wahhh sendiri cari nahas la camni.

Akhir kata dari saya semoga kita sama-sama jadi pemandu yang berhemah di musim tengkujuh ini. Nakal-nakal di jalanraya mengundang bahaya, kalau nak nakal-nakal di tempat lain itu takper (nakal aper tu yer?)...hahaaha tepuk dada tanya selera!

Cheers!

Monday, January 4, 2010

Predictions 2010! Ramalan 2010!

Terbaca saja tajuk kali ini, maka tergerak juga kat hatiku ini untuk menulis sebaris dua ayat mengulas tentangnya. Mungkin ada di antara kita semua - iaitu pembaca suratkhabar 'The Borneo Post' edisi 3 Januari 2010 - terbaca tentang salah satu tajuk yang agak menarik iaitu 'Predictions 2010!'.

Aku pada mulanya agak lambat membaca suratkhabar nih apatah lagi kalau tiada berita yang mencuri minda aku untuk melekat kat satu-satu halaman. Tetapi ternampak saja tajuk kali ini maka terfikir juga sejenak aku apakah betul akan berlaku perkara seumpamanya sepanjang tahun 2010 ini kelak?

Jika ya, maka kita harus berwaspada dan bersedia untuk melengkapkan diri dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. Bak kata orang tua-tua 'sediakan payung sebelum hujan'. Menariknya disini apabila dikatakan bahawa pada tahun 2010 ini nanti akan berlaku sebanyak 21 perkara yang telah diramalkan oleh ahli-ahli psikik terkemuka dunia (lupa la nama dorg tu).

Antara percaya atau tidak, itulah kenyataan yang harus kita terima! Malah dikatakan juga tahun ini merupakan tahun 'Metal Tiger' menurut kalendar Cina dan merupakan satu tahun yang bakal membawa segala tuah, kekuatan autoriti kepada yang berkuasa dan juga membangkitkan kekuasaan orang-orang baru di arena global. Tidak kurang hebatnya juga ia akan jatuh bertepatan dengan sambutan Hari Kekasih (Valentine's Day) iaitu pada 14 Februari 2010!

Sudah pasti kita akan tertanya-tanya adakah dunia akan dirundum kemajuan yang berterusan. Pastinya tidak! Jika hendak aku coretkan satu-persatu 21 ramalan itu memang tidak bisa. Cuma aku berharap agar kepada sesiapa yang tertinggal edisi suratkhabar tersebut segeralah dapatkannya dan bacalah korang sendiri.

Setiap kebaikan yang hendak berlaku tidak akan sempurna jika tidak dituruti oleh keburukannya. Aku teringat di salah satu perenggan terakhir artikel tersebut meramalkan akan berlaku Perang Dunia Ke-3 (WW3) iaitu pada bulan November 2010 dan hanya akan berakhir pada Oktober 2014. Kedahsyatan serta kemuncak perang ini kelak apabila ada negara yang mula menggunakan senjata berbahaya seperti nuklear dan kimia yang sememangnya diharamkan di seluruh dunia. Bayangkan apakah yang akan berlaku jika ini terjadi?

Tak lupus di fikiran kita juga kepada sesiapa yang sudah menonton filem '2012' pada tahun lepas. Ingat tak filem tu mengisahkan kemusnahan dunia menjelang 2012. Ini juga salah satu amaran kepada semua umat manusia agar tidak leka dan sentiasa peka akan satu sama lain. Gah beberapa buah negara mengagung-agungkan teknologi mereka tetapi adakah mereka sedar akan kesannya dalam jangka masa yang panjang? Sudah tentu TIDAK! Kesan rumah hijau semakin berleluasa, pencemaran dan penipisan lapisan ozon berlaku dimana-mana sahaja sehinggakan suhu bumi pun semakin meningkat. Jika berlarutan dan tidak dibendung, nescaya suatu hari nanti ais-ais di kutub utara dan selatan akan mencair dan menenggelamkan sepertiga daratan yang ada pada masa sekarang.

Baiklah seperti yang telah aku janjikan kepada kalian, ikutilah sambungan siri kedua edisi ramalan kali ini. rasanya tak panjang sangat lah sambungan kali ini.

Petanda-petanda buruk sudah melanda negara kita dengan pembuka tirai sambutan Tahun Baru 2010 dicemari oleh isu-isu sensitif yang jarang sekali ditimbulkan sejak zaman 90-an lagi sehinggalah ia muncul kembali pada tahun ini. Tepuk dada tanya selera - semua kita mengetahui isu yang dimaksudkan. Walaubagaimanapun, aku tak berminat nak mengulas lebih lanjut tentang isu ini dan biarlah ianya ditangani dengan bijaksana oleh pihak-pihak yang berkenaan sahaja.

Baiklah, aku pun tiada idea nak tambah apa-apa lagi disini. Apakah pandangan kalian semua berkenaan dengan ramalan yang kemungkinan akan berlaku sepanjang tahun ini nanti? Aku tak bisa nak mengiyakan mahupun menidakkan ramalan ini kerana ianya memerlukan bukti-bukti baik secara saintifik ataupun melalui ilmu psikik oleh pakar-pakar bidang terbabit.

Bak kata Nabil (hi bro, aku ciplak sikit ekkk): 'Lu pikirlah sendiri'.

Cheers!

Saturday, January 2, 2010

Merry Christmas & A Happy New Year 2010!!

Ho ho ho..Christmas is coming and the New Year's begins!

On behalf of my family, I would like to greeting all friends, relatives, collegues and everybody a Merry Christmas & a Blessed New Year 2010!

2010 is embarks a new beginning to us. Past is past and let it become history in our mind. Put everything in our life diary. Any mistakes and wrongfuldoing that I've done to all of you, I seek forgiveness and mercy from you all.

For me: NEW YEAR, NEW BEGINNING, NEW LIFE, NEW MISSION, NEW VISION, NEW RESOLUTION!

Cheers!!