Thursday, January 14, 2010

Sejukkkkkkk + Musim Tengkujuh!!!

Alangkah indahnya kalau yang turun adalah salji. Alangkah indahnya kalau yang melanda adalah ribut. Alangkah indahnya kalau dapat tidur dibuai kesejukan..opsss apa plak ni kalau dah sejuk tu pakai le selimut kan..ahakss

Cuma nak kata sejak beberapa hari ni seluruh Bahagian Miri memang tak nampak matahari lah. Bukannya apa musim hujan/tengkujuh dahpun melanda. Bak kata orang di tempat orang putih sekarang ni sedang 'berperang' ngan salji tebal walhal kita kat sini plak dilanda hujan lebat tak henti-henti. Bukan saja nak keluar malah nak jemur pakaian pun susah. Tak hairanlan kalau ada sesetengah antara kita ni nanti yang pakai pakaian yang masih basah turun kerja. Kalau ada tu faham-faham jer la ngan member2 kita ni ok. Jangan plak korang mengata mereka faktor cuaca apa leh buat la katakan!

Ni beralih plak kepada tabiat masyarakat kita yang suka memandu dengan merbahaya. Ada kenderaan sendiri tu memang syok abihhh la weii. Mana-mana nak pergi memang tak pernah lekang walaupun kerja bertimbun di pejabat. Hah! Pastu plak balik umah bawa fail bertingkat-tingkat kata ngan family banyak kerja sedangkan kat ofis pun kalau nak siapkan kerja belum tengahari pun dah siap sepatutnya. Biasa la orang kita ni kan. Kalau tak buat camtu tak der la kerja nanti nak buat.

Bercakap pasal orang yang memandu ni, sekarang musim hujan. Jalanraya plak bukannya kenal ngan kenderaan yang korang pakai. Baik kecil, besar, tinggi, rendah, lebar, nipis (ader ker?) - asalkan korang berada di jalanraya memang akan berdepan dengan risiko menyabung nyawa! Sedangkan lidah lagi tergigit, sedangkan jalanraya yang kering tatkala musim panas kemarau kering kontang pun bleh eksiden, inikan pula jalan yang licin bagaikan cermin!!! Kalau tak berhati-hati padah menimpa tau!

Ingatlah akan kempen yang pernah dilancarkan suatu ketika dahulu - 'BERHATI-HATI DI JALANRAYA, INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG'. Hah! Ingat tak korang ni?? Lupa dah..ayoooo ni la masanya kita mengimbas kembali bagi mengingatkan korang semua. Tak kira lah korang nak ingat akan siapa semasa memandu, asalkan muka orang tu sentiasa terbayang di ingatan pasti korang akan bersemangat untuk memandu dengan tenang dan berwaspada. Jangan plak termenung sampai mengelamun tak tentu pasal kang nanti kena saman baru tau..

Apa-apapun, sifat timbangrasa dan hormat-menghormati antara satu sama lain semasa menggunakan jalanraya itu yang penting. Tidak dinafikan ada banyak kerenah pengguna yang lain yang akan korang jumpa semasa musim hujan/tengkujuh ni nanti tapi sabar jer la. Yang penting ianya tidak menyakitkan kedua-dua pihak. Di hati memang akan ada rasa nak menyumpah seranah orang yang memandu bodoh-bodoh ni tapi tahan jer la cuma jangan sampai jadi samseng jalanan nanti korang sendiri plak yang susah. Ada sesetengah tu uiiinaaaaaaaa...bukan main lagi speed mengalahkan Formula 1(F1), wahhh sendiri cari nahas la camni.

Akhir kata dari saya semoga kita sama-sama jadi pemandu yang berhemah di musim tengkujuh ini. Nakal-nakal di jalanraya mengundang bahaya, kalau nak nakal-nakal di tempat lain itu takper (nakal aper tu yer?)...hahaaha tepuk dada tanya selera!

Cheers!

No comments:

Post a Comment