Thursday, May 27, 2010

Selamat Hari Wesak, Pesta Kaamatan & Hari Gawai

Saya dengan ini mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada yang merayakan hari tersebut pada 28 Mei 2010. Begitu juga tidak ketinggalan kepada rakan-rakan dari negeri di bawah bayu, salam Kaamatan kepada kalian semua. Turut bersama-sama dengan kita adalah teman-teman dari seluruh pelusuk negeri bumi kenyalang, Selamat Hari Gawai diucapkan kepada kalian semua.

Kepada rakan-rakan sekolah/kampus/kerja/online, kaum keluarga yang jauh mahupun dekat, semua dj-dj & pendengar2, selamat berkongsi perayaan hanya di IKONFM! RAKAN PERAYAAN ANDA!

Diharapkan berkat yang melimpahi semua kita pada tahun ini adalah lebih baik berbanding tahun-tahun yang sebelumnya tak kira di mana sahaja anda berada merayakannya kelak.

Marilah kita bermaaf-maafan dan bersalam-salaman antara satu sama lain. Kalau ada salah & silap, sepuluh jari ku susun mohon ampun dan maaf daripada kalian semua.

~SELAMAT HARI WESAK!
~KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN!
~SELAMAT HARI GAWAI GAYU GURU GERAI NYAMAI LANTANG SENANG NGUAN MENOA!

OoooooHaaaaaa.......!!!

Ikhlas,
Joe

Saturday, May 22, 2010

Miss Venezuela crowned Miss Tourism Intercontinental in Miri

CONGRATULATIONS TO ALL THE WINNERS!!!

Hope to see you all again in the next event..:)

The winners

Myriam Janeth Abreu Medfina, representing Venezuela, was crowned Miss Tourism Intercontinental 2010 last night by Sarawak’s Deputy Chief Minister Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam at the Miri Indoor Stadium.

Miss Venezuela, Myriam Janeth Abreu Medfina, 22

First runner-up was Miss Australia, Kelly Louise Maguire.

Miss Australia, Kelly Louise Maguire, 23

Miss America, Amy Diaz, was the second runner-up.

Miss America, Amy Diaz, 25

Miss Malaysia, Darcia Marselynna, won the subsidiary title of “Miss Congeniality”. The “Best Talent” title went to Miss Germany, Klaudia Domagalska. Miss Netherlands, Djamila Celina Mercherts, won the “Best National Costume” title. Miss Mexico, Leslie Ines Quezada Bueno, took home the “Best Evening Gown” title.

About 5,000 people packed the indoor stadium to see the Grand Final of the event that day.

The international pageant was organised by Alaric’s Productions Company in collaboration with the Ministry of Tourism and Heritage Sarawak and Miri City Council (MCC).

A total of 33 countries took part in the competition hosted in Miri for the second time.

Miss Venezuela crowned Miss Tourism Intercontinental in Miri

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru (16 Mei)

Bagi menghargai jasa dan sumbangan para guru, tanggal 16 Mei setiap tahun pula diwartakan sebagai tarikh sambutan Hari Guru di seluruh negara. Sumbang bakti yang dicurahkan kepada anak bangsa tidak ternilai harganya. Bak sebutir mutiara di dasar lautan yang dalam - kepayahan mendapatkannya namun ukurannya tidak dapat ditandingi. Tanpa guru, maka siapalah kita sekarang ini?

Berkat kesabaran mendidik anak murid sejak dari tadika sehinggalah kita menggenggam segulung ijazah atau kelulusan dalam mengejar kejayaan dalam hidup, guru bolehlah diumpamakan bak lilin yang membakar diri.

Kepada semua guru-guru serta teristimewa kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya sejak dari tadika lagi hinggalah kepada saya yang ketika ini, TERIMA KASIH saya ucapkan diatas ilmu yang sungguh berharga yang saya perolehi daripada kalian semua. Segala suka dan duka saya jadikan sebagai pedoman di dalam hidup. Saya tidak tahu bagaimana hendak membalas jasa kalian semua. Apa yang pasti saya mendoakan agar kalian sentiasa diberkati Tuhan selamanya. Diharapkan Tuhan merahmati usaha dan kesungguhan cikgu-cikgu semua.

SELAMAT HARI GURU!

Cheers!!!

Saturday, May 15, 2010

Selamat Hari Belia (15 Mei)

Tanggal 15 Mei setiap tahun Hari Belia akan disambut di seluruh negara bagi mengenang jasa-jasa dan sumbangan kaum belia kepada negara. Di peringkat ASEAN pula sambutan Hari Belia adalah pada setiap 8 Ogos manakala sambutan Hari Belia Sedunia pula adalah setiap 12 Ogos. Tujuannya ialah untuk memartabatkan hak-hak dan kepentingan golongan belia kepada ekonomi, pendidikan, pertanian, pelancongan, kebudayaan, pengurusan dan pentadbiran negara. Oleh itu, tidak dinafikan bahawa kaum belia merupakan aset dan modal yang ampuh di dalam memajukan negara. Kegigihan mereka tidak boleh diperkotak-katikan kerana mengikut statistik, kaum belia meliputi lebih 50% penduduk negara kita.

Apatah lagi sekarang ini jumlah golongan belia yang berpendidikan semakin ramai dan pastinya akan terus bertambah setiap tahun. Malah kalau dikira setiap tahun sesebuah institusi pengajian tinggi yang ada mampu mengeluarkan lebih 500-1000 graduan. Peluang pekerjaan juga semakin luas dan permintaan terhadap tenaga buruh yang rata-ratanya menagih keringat golongan belia untuk memenuhi kekosongan ini tetapi apa yang kita nampak - pengangguran pula yang semakin membimbangkan.

Kesedaran yang wujud disini adalah perlukah kita untuk memilih pekerjaan? Peluang ada di mana-mana hanya yang tinggal hati kita sahaja hendak atau tak hendak. Bak kata pepatah 'kalau nak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih'. Persoalan ini bukannya bermaksud nak menyalahkan siapa-siapa. Mencari pekerjaan ketika ini umpama memetik bintang di langit - iklan jawatan kosong hampir penuh terpampang di dada-dada khabar tetapi tanyalah diri kita terlebih dahulu apakah yang perlu anda lakukan untuk mendapatkannya?

Kerjasama daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta juga penting. Tanpa penetapan dan komunikasi antara kedua-dua pihak maka akan sukar untuk mencapai kadar pengangguran minimum. Kadang-kadang pertimbangan berdasarkan logik dan rasional perlu diambilkira walaupun kelayakan dan pengalaman diutamakan. Dengan itu, saya percaya kadar pengangguran yang melibatan golongan belia pasti dapat dikurangkan suatu hari nanti.

Kepada golongan belia pula terdapat pelbagai aktiviti yang boleh diikuti. Disamping itu anda bolehlah mendapatkan info-info terkini dengan melayari laman web rasmi Majlis Belia Malaysia (MBM) di http://belia.org.my/ yang mengandungi banyak informasi berguna. Bukan itu sahaja demi mengisi masa lapang anda bolehlah mengambil peluang untuk menjadi sukarelawan-sukarelawan seperti menjadi ahli-ahli Pemadam, Prostar, Persatuan Bulan Sabit, Pengakap, mengikuti aktiviti-aktiviti sosial dan sebagainya.

Tahun ini Hari Belia Negara disambut selama 3 hari mulai 14-16 Mei 2010 di Putrajaya. Kepada yang ada kelapangan untuk menghadirkan diri itu silalah datang ke sana untuk memeriahkan lagi sambutan pada tahun ini. Berikut adalah antara aktiviti-aktiviti yang telah diatur sepanjang tempoh tersebut:

Program MBM
  • Pertandingan Gendang Urumi: 14 Mei 2010, 9pm-11pm Dataran Masjid Putra
  • Pertandingan Dikir Barat : 15 Mei 2010, 10am-1pm Dataran Masjid Putra
  • Seminar Pendidikan Pengguna Belia: 15 Mei 2010, 9am-1pm Dewan Putrajaya Holding
  • Melukis Poster 1Malaysia Terpanjang : 15 Mei 2010, 9am-5pm Dataran Masjid Putra
  • Perhimpunan HBN2010 : 15 Mei 2010, 3pm-5pm, PICC
  • Karnival Pendidikan dan Kerjaya MBM : 14 -16 Mei 2010 Putrajaya
Akhir kata saya ucapkan Selamat Hari Belia 2010!

Cheers!!

Sunday, May 9, 2010

Happy Mother's Day

A very special day is today which is a Mother's Day celebrated around the globe. I would like to take this opportunity to wishing all moms a very very Happy Mother's Day 2010. May God bless you all always!!!

For All That You Have Given Me

For all that you have given me,
I can return but love. For you
Bound up the wounds I did not see
And gave me hopes and passions new.

I can return but love for you,
Whose unmoved faith my heart did move,
And gave me hopes and passions new,
And loved me till I turned to love.

Whose unmoved faith did my heart move?
The mother of my heart, not blood,
Who loved me till I turned to love.
And I became the soul I would.

The mother of my heart, not blood,
Bound up the wounds I did not see.
And I became the soul I would
For all that you have given me.

Cheers!!!

Saturday, May 1, 2010

Happy Labour Day @ Selamat Hari Pekerja

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pekerja-pekerja di pelbagai sektor atas sumbangan dan bakti yang dicurahkan kepada masyarakat dan negara. Semoga sambutan Hari Pekerja tahun ini membawa mesej yang berguna untuk dihayati oleh kita semua.

Selamat Hari Pekerja 2010!!!

Cheers!!!

Anugerah Juara Rentak Ruai CatsFM

WOW...!!!! Nampaknya pada malam ini Dewan CatsFM bunyinya macam riuh dengan peminat-peminat AJARR. Seramai lebih kurang 13 finalis yang akan berentap pada malam ini untuk merebut gelaran Juara Rentak Ruai anjuran CatsFM dengan kerjasama penaja-penaja bersama anugerah tersebut.


AJARR - ANUGERAH JUARA RENTAK RUAI 2009

Tiket kena meda Anugerah Juara Lagu Rentak-Ruai 2009 ti berega RM25 tau dibeli terus ba Opis Cats FM Jalai Bako, Kuching tauka raban Cats Ranger ti bisi bejalai ngagai endur mensia maiuh diserata bandaraya Kuching.

Kita tau mega meli ba pintu penama Dewan Cats FM, Jalai Bako 1haribulan lima 2010 sebedau 7.30 lemai.

Previu AJARR 2009

Haribulan/Jam Tempat Krew Cats Rangers
17hb Empat 2010

Jam 6 lemai-9 mlm

Bangsal Program Pusat Seni Setempat, Waterfront Kuching Roslyn, Gracia, Freddie, Needa (Nor-finalist AJARR)
17hb Empat 2010

Jam 10 malam

Panggau Libau, Batu 2 ½ Kuching Ivy, Maxwel, Wayne & Finalist AJARR(Katrina)
23hb Empat 2010

Jam 10 malam

Ruai Bar, Telang Usan Hotel, Jalan Ban Hock Kuching Ivy, Maxwel, Sima, Wayne, Freddie & Finalist AJARR(Winnie Albert)
24hb Empat 2010

Jam 10.30 malam

Tubai Pub, Batu 3, Kuching Ivy, Wayne, Freddie & Finalist AJARR (Winnie Albert & Katrina)
30hb Empat 2010

Jam 8.30 malam

Rejang Lounge, Hotel Grand Margherita Committee & Finalis AJARR


AJARR-SELEKSI IBAN MUZIK KITAI

Nama Finalis, Lagu dan cara sms:

No Nama Finalist AJARR 2009/Lagu Nama lagu dan cara sms
1. Lerry Silas-kaban Taip ajarr_Lerry lagu kaban hantar ke 32425
2. Winnie Albert-Beperang Dalam Petang Taip ajarr_Winnie lagu Beperang dalam Petang hantar ke 32425
3. Rickie Andrewson- Nyabak Sebulan Taip ajarr_Rickie lagu Nyabak Sebulan hantar ke 32425
4. Lucy- Semina Tinggal Pengingat Taip ajarr_Lucy lagu Semina Tinggal Pengingat hantar ke 32425
5. Nor-Idup Berambun Ai Mata Taip ajarr_Nor lagu Idup Berambun Ai Mata hantar ke 32425
6. Gilbert Gaung-Jaku Lalau Taip ajarr _ Gilbert lagu Jaku Lalau hantar ke 32425
7. Peter & Sijah- Pengrindu Benung Angat Taip ajarr_Peter Sijah lagu Pengrindu Benung Angat hantar ke 32425
8. Natala-Keling Ati Taip ajarr_Natala lagu Keling Ati hantar ke 32425
9. Melissa Francis-Ranggas Dan Kemunting Taip ajarr_Melissa lagu Ranggas Dan Kemunting hantar ke 32425
10. Joannes Aman-Dara Semunjan Taip ajarr_Joannes lagu Dara Semunjan hantar ke 32425
11. Dom Romeo & Urai-Pengerindu Enda Nangi Taip ajarr_Dom Urai lagu Pengerindu Enda Nangi hantar ke 32425
12. Wyen-Pengingat Tua Bepangan Taip ajarr_Wyen lagu Pengingat Tua Bepangan hantar ke 32425
13. Katrina-Bujang Dikerindu Taip ajarr_Katrina lagu Bujang Dikerindu hantar ke 32425

Keputusannya...jeng jeng jeng......dap dup dap dup....

Persembahan Terbaik - Rickie Andrewson
Vokal Terbaik - Winnie Albert
3rd - Rickie Andrewson
2nd - Lucy
1st - Peter Aaron & Sijah
Juara Rentak Ruai 2009 - Winnie Albert (Beperang Dalam Petang)

Tahniah kepada semua pemenang.

Cheers!!!