Sunday, April 4, 2010

Budi Bahasa Budaya Kita

Sebagai sebuah negara yang terkenal dengan keramahan dan kemesraan rakyatnya, kita telahpun menjadi satu contoh yang sangat unik kepada dunia. Kempen 'budi bahasa budaya kita' memang sudah dipupuk sejak dari dulu lagi.

Tapi disini saya nak kongsikan satu cerita pendek la...Alkisahnya begini dimana ada satu kali saya naik bas kononnya baru balik dari Hospital Miri. Masa tu masih pagi lagi dalam kira-kira jam 10.30 gitu. Tunggu punya tunggu maka datanglah sebuah bas yang bernombor 33A (Pujut) kalau tak silap.

Saya naiklah bas itu untuk ke bandar. Tapi, pemandu bas tersebut mengingatkan saya terpaksa bayar lebih kalau nak ke bandar menaiki basnya itu kerana dia perlu pusing jauh dulu ke pujut. Kalau nak cepat dan bayar kurang sikit tambang maka kena tunggu bas yang satu lagi kat belakang. Tapi, lepas lama juga menunggu tadi maka saya tak kisah la mahal pun mahal lah...janji saya lepas dari kawasan hospital...malas sudah mau tunggu lama-lama orang pula ramai pandang kita semacam jak. Tak selesa rasanya.

Dalam bas itu saya mengambil tempat duduk di depan sekali tak jauh dari pemandu. Apa tidaknya saya pun bukannya biasa naik bas Pujut. Semasa dalam perjalanan tetiba loceng bas berbunyi menandakan ada penumpang yang nak turun. Bas pun berhenti seketika menurunkan penumpang. TETAPI, apa yang menyebabkan saya tergamam seketika apabila terdengar pemandu bas tersebut mengucapkan 'TERIMA KASIH dan JUMPA LAGI' kepada penumpang yang turun tadi. Bukan setakat itu sahaja malah semua penumpang yang turun dia ucapkan begitu.

Begitu juga apabila ada penumpang yang naik ke dalam bas dia tu...dengan cerianya dia mengalu-alukan semua penumpang yang naik ke dalam bas dengan ucapan 'SELAMAT DATANG dan SELAMAT PAGI'. Wahh..terdetik di hati kecil saya ketika itu kalaulah semua pemandu bas macam ini alangkah bagusnya 'service' yang mereka tawarkan.

Persoalannya disini, mengapakah masyarakat kita begitu payah nak amalkan budaya seperti ini?? Susah sangatkah nak ucapkan 'Hai', 'Selamat Pagi/Petang/Malam', 'Salam Sejahtera', 'Apa Khabar', 'Sihat ker?', 'Terima Kasih' atau apa-apa saja yang seumpamanya. Paling tidak pun cukuplah sekadar bagi senyuman. Tapi kena berpada-padalah kalau nak senyum tu...percuma plak korg nanti kena cop sebagai tak siuman! hahahaaa....

Lirik lagu 'Budi Bahasa Budaya Kita' sangat bagus dan halus untuk dihayati. Lagu dendangan Datuk Siti Nurhaliza ini setiap hari berkumandang di corong-corong radio dan juga tersiar hampir setiap hari di dalam kaca tv. Fungsinya cukup untuk memberi kesedaran dan bimbingan kepada semua lapisan masyarakat kita untuk hidup penuh bertoleransi dan mesra antara satu sama lain apatah lagi di dalam sebuah negara yang mempunyai sejumlah kelompok etnik yang ramai yang bukan sahaja berbeza dari segi fahaman agama malah budaya dan juga tradisi setempat.

Baiklah setakat ini dahulu perkongsian yang dapat saya ungkapkan di sini. Diharapkan agar kita semua sentiasa berbudi bahasa antara satu sama lain tak kira di mana sahaja kita berada.

Senyum-senyumlah selalu kerana senyuman itu adalah anugerah yang cukup berharga dalam sesebuah hubungan kita dengan semua orang.

Senyuman mampu meluluhkan hati seseorang yang sedang marah...
Senyuman mampu menggembirakan hati seseorang yang sedang sedih...
Senyuman mampu menyejukkan hati seseorang yang sedang panas...
Senyuman mampu menceriakan hati seseorang yang sedang muram...
Senyuman mampu mencairkan hati seseorang yang sedang keras...
Senyuman....
Senyuman....
Senyuman....

Marilah kita berikan SENYUMAN kepada semua orang....

Cheers!!!

No comments:

Post a Comment