Tuesday, April 6, 2010

Etika Di Dalam Rangkaian Sosial

Kali ini pula saya akan memberikan beberapa tips yang boleh kita renungkan bersama terutamanya kepada pengguna-pengguna internet yang seringkali terdedah dengan bahaya-bahaya seperti jenayah siber, serangan virus, pencurian maklumat, kebocoran rahsia dan sebagainya. Sebanyak 6 tips yang saya adaptasi dari sebuah majalah tetapi sedikit olahan telah dibuat terhadap ulasan-ulasan setiap tips tersebut. Keenam-enam tips itu adalah:-

Semuanya awam

Pastikan anda tidak memasukkan semuanya mengenai butir peribadi diri anda ke dalam laman sosial ini. Jika perlu untuk berbuat demikian, hendaklah maklumat tersebut tidak membuatkan anda 'terhantuk' di kemudian hari. Paling penting anda haruslah bersedia dengan risiko-risiko yang bakal dihadapi sebaik sahaja butir-butir diri anda 'terbang' di internet.

Segalanya dimeterai
Anda sudah terikat dengan perjanjian pengguna yang anda setuju semasa pendaftaran. Walauapapun yang anda buat, jangan ingat bahawa anda akan mudah terlepas begitu sahaja sebaik sahaja anda menerima terma dan syarat daripada pembekal website tersebut. Segala maklumat yang anda beri semasa mendaftar telah sedia disimpan di dalam 'database' untuk memudahkan semua urusan anda dengan penyedia laman web tersebut.

Tidak semuanya jujur atau benar
Tidak semuanya maklumat yang anda dapat daripada rakan internet anda mengenai diri mereka adalah benar..Ingat!! segalanya mungkin melalui internet. Oleh itu, adalah dinasihatkan supaya berhati-hati semasa anda berhubung dengan rakan-rakan yang baru anda kenali apatah lagi mereka yang tiada identiti langsung!

Tapis diri anda sendiri
Pastikan segala yang anda tulis ditapis dan jangan sekali-kali menabur fitnah atau melepaskan geram pada individu terbabit secara langsung..Jika perlu berkias la...!!! Ini untuk memastikan bahawa blog atau 'page' anda itu tidak disenarai hitamkan oleh penggguna yang lain selain untuk tidak mewujudkan suasana tegang di dalam dunia maya ini.

Tidak semua perlu tahu
Tidak semua maklumat atau pergerakan diri anda perlu diberitahu kerana ini akan menyebabkan ancaman kepada diri anda sendiri. Ini bahagian paling penting di mana anda tidak digalakkan sama sekali untuk meletakkan semuanya berkenaan dengan diri anda dengan lengkap sehingga ke sebesar titik noktah sekalipun. Cukup hanya sekadar dapat untuk menerangkan serba-sedikit mengenai anda.

Asingkan
Jika anda mempunyai kawan yang ramai sila asingkan rangkaian laman web anda dan buka sebuah laman web peribadi. Asingkan maklumat peribadi dan maklumat berkaitan kerja. Jangan masukkan bahan-bahan kerja dalam laman web peribadi anda. Mungkin ada diantara ada yang tidak mahu maklumat peribadi diketahui rakan sekerja dan begitu juga sebaliknya, maka apa tunggu lagi...asingkan web peribadi anda dengan web kerja anda jika ada.

Akhir sekali, selamat membina rangkaian sosial yang selamat di dunia maya ini.

Cheers!!!

No comments:

Post a Comment