Wednesday, November 4, 2009

All Saints Day...

Jika ‘All Souls Day’ dirayakan oleh gereja untuk memperingati mereka yang telah meninggal dunia, maka ‘All Saints Day’ pula bertujuan untuk mengabadikan semua pengikut-pengikut Tuhan yang suci dan kudus di atas sumbangan, usaha dan ketekunan melayani Kristus di dalam kehidupan mereka sehingga sanggup berkorban demi Kristus tanpa mengira masa dan tempat.

Tidak semudah yang difikirkan gelaran ini dianugerahkan kepada seseorang yang layak mendapatnya. Orang yang memperolehinya merupakan seseorang yang telah memberikan sumbangan yang amat besar di dalam melayani Kristus, gerejanya serta umatnya yang tidak terhad di satu-satu tempat sahaja sepertimana Kristus mati di kayu salib untuk menebus dosa umat manusia.

Adakalanya individu tersebut sudahpun meninggal dunia barulah mendapat status ini. Untuk pengetahuan kita bersama ada terdapat beberapa Orang Kudus yang bergelar ‘Saint’ atau ‘Sante’ antaranya pengikut setia Jesus sendiri iaitu Saint Matthew, Saint Luke, Saint John dan Saint Mark. Selain itu terdapat juga malaikat-malaikat Tuhan iaitu Saint Michael The Archangels dan Saint Gabriel manakala pengikut-pengikut Kristus yang setia pula antaranya Saint Agnes, Saint Joseph, Saint Catherine dan banyak lagi.

Dengan itu, adalah perlu untuk kita mengutuskan doa bagi memperingati mereka ini saban tahun terutamanya menjelang setiap 1 November. Sepertimana kita mendoakan kepada mereka yang dah meninggal dunia, begitu juga doa kita akan didengari oleh golongan-golongan kudus ini yang bertindak sebagai pengantara kita dalam menyampaikannya kepada Tuhan.

Yakinlah bahawa dalam segala doa kita ini akan didengari dan percaya bahawa Tuhan itu adil dan saksama. Dia akan memberikan apa yang kita minta jika kita percaya kepadaNya. Mintalah pertolongan dan bantuan di kala kita dilanda kesusahan, bencana, gundah-gulana dan di saat kita memerlukanNya, Dia sentiasa ada disisi kita setiap masa.

Ketekunan dan keikhlasan kita memperingati mereka yang sudah pergi – para orang kudus iaitu orang Saint – maka begitulah pula mereka ini akan memperingati kita di dalam segala doa mereka kepada kita yang hidup di dunia ini untuk menempuhi liku-liku kehidupan dengan penuh kesabaran.

Akhir sekali, semoga kita semua sentiasa diberkati Tuhan dalam segala hal pekerjaan-Nya di dunia ini. Jika ada tersalah maklumat, sila betulkan kerana aku pun cuma insan biasa yang bukannya sempurna dan sering tersilap. Sekian.

God is good all the time!!!

Cheers

No comments:

Post a Comment