Wednesday, November 25, 2009

Jangan Tegur Versi Drama

Pasti masih ramai yang ingat akan 'Jangan Tegur' versi movie dahulu kan. Kini pihak penerbit mula menampilkan cerita mistik seram ini dalam bentuk drama bersiri pula yang mula ditayangkan pada 19 November 2009 setiap hari Khamis pukul 9:30pm di TV3.


Siri yang dibintangi oleh pelakon-pelakon handalan ini pasti akan membuatkan kita berasa seram bulu roma tatkala menyaksikan aksi-aksi yang muncul seperti dalam keadaan yang realiti.

Siri ini jika dibandingkan dengan siri sebelumnya 'Tower 13' membawakan lebih banyak ciri-ciri mistik dan seram yang tersendiri. Bahkan dalam episod pertamanya sahaja semasa saya menonton pun dah rasa seram sesorang je. Apa lagi yang korang dapat bayangkan di dalam episod kedua dan seterusnya nanti?? Jangan-jangan lebih seram kot...

Barisan pelakonnya seperti Rabecca Nur Islam (Natasya), Eizlan Yusuf (Kamal), Puteri Mardiana (Baizura), Aida Aris (Dr Maria), Norliana Samsudin (Tina) dan Danny X Factor (Halim).

Kepada peminat-peminat rancangan ini jangan ketinggalan untuk menyaksikan episod kedua siri ini pada 26 November 2009 dan seterusnya.

Cheers

No comments:

Post a Comment