Saturday, October 31, 2009

Main-main la pula...

Geram...menyampah...benci...menyumpah...dan yang sewaktu dengannya. Itulah yang dapat aku gambarkan perasaan ini ketika di dalam bas semasa balik kerja petang tadi. Apa tidaknya melihat gelagat budak-budak remaja yang entah apa entah macho gentlement kononnya tapi TIDAK KENA pada tempatnya--->DALAM BAS!!!

Dah tabiat budak-budak zaman sekarang kalau tak duduk di bangku belakang bas maka tak macho, tak gentlement, tak layak digelar lelaki tak...tak...dan tak...semuanya pun nak TAK...!!! Apalah anggapan sebegini sempit tak tau malu langsung!!!

Kebetulan tadi aku mengantuk gilak ditambah lagi dengan 'godaan' remaja rakus sebegini membuatku rasa bagaikan berada di tengah-tengah stadium yang sedang mempersembahkan konsert rock 'heavy metal' tanpa had. Malah aku percaya bukan aku seorang sahaja yang berasa kurang selesa dengan sikap budak-budak ini malah penumpang lain pun pasti sama juga.

Yang hebatnya kaum Hawa pun turut serta dalam riuh-rendah kaum Adam ini. Aduhai...keterlaluankah kalau aku melabelkan mereka ini sebagai insan yang tidak punya rasa malu?? Emmm...tidak keterlaluan kan dan mereka MEMANG PATUT pun mendapat gelaran sebegitu. Malah suara mereka pula memecahkan suasana bagai puntianak mencari mangsa. Sungguh bingit dan 'getek'.

Rata-rata mereka ini bukannya bekerja. Adapun yang bekerja itupun 2 3 orang yang dikira sekepala dengan mereka. Alahai...sampaikan main-main lagi dengan loceng di dalam bas. Sungguh bodoh dan tak bertamadun macam orang yang tak pernah tengok dan tekan loceng!! Memalukan sahaja. Selepas itu 'driver' terus 'off' loceng dan apabila mereka nak sampai loceng pula tak berbunyi dan bas pun terus meluncur ke hadapan tanpa berhenti. Ahhhhh...PADAN MUKA KORANG!!! MAIN-MAIN LAGI...RASAKAN!!!

Kalau beginilah sandiwara arus kemajuan yang dikecapi kita saban hari nescaya pada suatu ketika nanti akan hancurlah tamadun budaya kita. Namun, satu hal yang agak positif ditunjukkan oleh salah seorang remaja ini (bukan geng remaja dubuk itu) memberikan tempat duduknya kepada seorang wanita tua. Tak salah pun kan...bak kata Datuk Siti Nurhaliza - 'Budi Bahasa Budaya Kita'.

Itulah halnya kisah di dalam bas yang ku tumpangi petang tadi. Diharapkan kepada yang terasa tu sedar-sedarlah sikit okay. Aku takkan minta maaf pun dengan korang atas apa yang aku katakan disini kerana apa yang aku coretkan ini adalah perkara benar, sahih, tulin dan nyata. Aku bukan sebarang kelentong pun. Tak ada faedahnya aku nak minta maaf. Aku tak bersalah pun. Terkasar bahasa tu memang disengajakan.

Kalau suka --> BACA...
kalau tak suka --> TUTUP JE LA!!
Tetapi aku yakin korang semuanya memang suka membaca coretan aku ini kerana korang dah berjaya pun membacanya sampai habis. Buat apa nak tutup lagipun korang dah habis baca pun kan.

Cheers

No comments:

Post a Comment