Wednesday, October 28, 2009

Bila ada kemahuan...

Seperti tajuknya juga, begitulah halnya yang nak dikongsikan disini. Apa yang aku nak katakan ialah tak semua apa yang kita inginkan akan kita dapatkan. Percaya atau tak memang itulah kenyataan. Apa yang kita inginkan tidak semudah apa yang kita pikirkan. Amat sukar untuk dimangertikan kadangkala ianya tak masuk akal mengapa kita tidak berhak untuk mendapat apa yang kita mahukan padahal bukannya menyakitkan, menyusahkan mahupun menganggu sesiapa pun juga di sekeliling kita.

Dan aku memang percaya bahawa jalan memang tidak pernah terbentang luas di depan mata untuk dilalui. Liku-liku yang amat panjang dan berduri terpaksa kita tempuhi untuk mencapai apa yang dihajati. Sekadar ada kemahuan jika jalan tertutup pun tidak berguna. Ke mana arah yang hendak dituju di dunia yang abstrak ini terlalu susah untuk diikuti kerna kehidupan bukannya berlandaskan kepada peta kehidupan sebagai panduan. Di muka bumi peta boleh dilakar maka arah tuju adalah nyata di depan mata cuma tinggal kemahuan sahaja yang dicari untuk menempuhi perjalanan ke destinasi yang hendak dituju.

Tak tau la apa yang korang bisa pikirkan tentang seseorang. Seringkali aku bertanyakan kepada diri sendiri tentang pandangan orang lain tentang diriku. Tapi jawapannya belum juga aku temui. Beberapa hari yang lepas-lepas semasa makan bersama maka kawanku ini aku kira agak berani untuk menyuarakan pendapat dia tentang aku walaupun dia tahu aku 'mungkin' terguris dengan kata-katanya. Walauapapun aku tak terguris langsung la dengan apa yang dia maksudkan tentang diriku kerna aku yakin itu adalah pendapat dia yang cukup ikhlas dan jujur dan kebenaran ada disebalik apa yang dia katakan..Don't worry. Penilaian yang dia buat tentang diriku amat aku hargai. Thanks!!

Oleh itu, peribadi aku katakan kemahuan memang penting. Tanpa kemahuan kita takkan berdaya untuk berbicara, meluahkan apa yang kita hendak katakan (walaupun kadang2 amat sukar & berat mulut untuk mengatakannya...cayalah korg), melakar rona-rona kehidupan serta mencorak bibit-bibit realiti dan mencari identiti diri yang belum ditemui sebelum ini untuk menjadi siapa kita yang sebenarnya.

Emm...oklah cukup setakat ini dahulu. Lain kali kita sambung lagi nukilanku di ruangan peribadi aku yang dipanggil 'Ruangan Borak2 Sembang2' ini.

Cheers

No comments:

Post a Comment