Friday, October 30, 2009

Medical Check-Up...

Hari ini aku telah pergi ke sebuah klinik swasta untuk melakukan medical check-up. Aku turun agak lewat sedikit. Maka tak hairanlah waktu petang kalau pergi ke klinik sudah ramai orang yang terlebih dahulu sampai daripada aku. Tapi aku tak kisah la sebab aku bukannya datang berubat pun. Utamakan mereka yang sakit dulu untuk mengambil giliran.

Tunggu punya tunggu adalah dalam 45 minit camtu barulah aku masuk. Kemudian aku menunggu sebentar kat dalam sementara doktor memeriksa pesakit yang lain dulu. Tak lama selepas itu sampailah giliran aku untuk diperiksa. Satu-persatu yang doktor check semuanya ok. Doktor pun menanya sejarah perubatan aku dan aku pun jawab semuanya ok.

Cuma yang spoil sikit semasa aku pergi buat check-up tadi aku dalam keadaan yang tak berapa sihat. Sebelum doktor check aku tadi aku dengan pantasnya memberitahu doktor itu terlebih dahulu yang aku kurang sihat. Siap aku bagitau ngan doktor supaya keadaan aku yang kurang sihat ini tidak mempengaruhi keputusan medical aku nanti..hehehee

Apalah malangnya nasibku ini. Masa nak pergi buat check-up tatkala itu juga badan ini jadi tak sihat. Yang bagusnya pula aku kurang sihat semasa aku 'offday'...hahaha...Walauapapun kerja tetap diteruskan esok hari. Selagi badan masih berdaya, kaki masih mampu untuk melangkah, mata masih terbuka, hidung masih bernafas, tangan masih bergerak, telinga masih mendengar, otak masih berfungsi maka aku akan gagahkan diri ini untuk meneruskan kerja.

Ahhh...terlupa pula dah hampir nak tersasar sembang2 ni. Keputusannya aku semua 'normal'. Maksudnya ok la tu. Sihat walafiat. Lulus dan layak untuk layan korang semua...wakakakakaa...Sebelum aku balik tadi sempat pula nurse tu berkata dengan aku, "...PELAYAN KAPAL TERBANG...thank you sila datang lagi". Maksudnya dia umpamakan aku ini seperti 'Pramugara' la. Emmm...my pleasure gak bila orang kata camtu.

Ada ciri-ciri ker aku ini untuk jadi pramugara?? Korang pikir/rasa??? Kalau ada tu...heheheheheeee...MAS @ AIRASIA, pintuku sentiasa terbuka untuk ditemuduga oleh korang...:-)

Cukuplah sampai disini. Jumpa lagi!!

Cheers

No comments:

Post a Comment