Thursday, May 27, 2010

Selamat Hari Wesak, Pesta Kaamatan & Hari Gawai

Saya dengan ini mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada yang merayakan hari tersebut pada 28 Mei 2010. Begitu juga tidak ketinggalan kepada rakan-rakan dari negeri di bawah bayu, salam Kaamatan kepada kalian semua. Turut bersama-sama dengan kita adalah teman-teman dari seluruh pelusuk negeri bumi kenyalang, Selamat Hari Gawai diucapkan kepada kalian semua.

Kepada rakan-rakan sekolah/kampus/kerja/online, kaum keluarga yang jauh mahupun dekat, semua dj-dj & pendengar2, selamat berkongsi perayaan hanya di IKONFM! RAKAN PERAYAAN ANDA!

Diharapkan berkat yang melimpahi semua kita pada tahun ini adalah lebih baik berbanding tahun-tahun yang sebelumnya tak kira di mana sahaja anda berada merayakannya kelak.

Marilah kita bermaaf-maafan dan bersalam-salaman antara satu sama lain. Kalau ada salah & silap, sepuluh jari ku susun mohon ampun dan maaf daripada kalian semua.

~SELAMAT HARI WESAK!
~KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN!
~SELAMAT HARI GAWAI GAYU GURU GERAI NYAMAI LANTANG SENANG NGUAN MENOA!

OoooooHaaaaaa.......!!!

Ikhlas,
Joe

Saturday, May 22, 2010

Miss Venezuela crowned Miss Tourism Intercontinental in Miri

CONGRATULATIONS TO ALL THE WINNERS!!!

Hope to see you all again in the next event..:)

The winners

Myriam Janeth Abreu Medfina, representing Venezuela, was crowned Miss Tourism Intercontinental 2010 last night by Sarawak’s Deputy Chief Minister Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam at the Miri Indoor Stadium.

Miss Venezuela, Myriam Janeth Abreu Medfina, 22

First runner-up was Miss Australia, Kelly Louise Maguire.

Miss Australia, Kelly Louise Maguire, 23

Miss America, Amy Diaz, was the second runner-up.

Miss America, Amy Diaz, 25

Miss Malaysia, Darcia Marselynna, won the subsidiary title of “Miss Congeniality”. The “Best Talent” title went to Miss Germany, Klaudia Domagalska. Miss Netherlands, Djamila Celina Mercherts, won the “Best National Costume” title. Miss Mexico, Leslie Ines Quezada Bueno, took home the “Best Evening Gown” title.

About 5,000 people packed the indoor stadium to see the Grand Final of the event that day.

The international pageant was organised by Alaric’s Productions Company in collaboration with the Ministry of Tourism and Heritage Sarawak and Miri City Council (MCC).

A total of 33 countries took part in the competition hosted in Miri for the second time.

Miss Venezuela crowned Miss Tourism Intercontinental in Miri

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru (16 Mei)

Bagi menghargai jasa dan sumbangan para guru, tanggal 16 Mei setiap tahun pula diwartakan sebagai tarikh sambutan Hari Guru di seluruh negara. Sumbang bakti yang dicurahkan kepada anak bangsa tidak ternilai harganya. Bak sebutir mutiara di dasar lautan yang dalam - kepayahan mendapatkannya namun ukurannya tidak dapat ditandingi. Tanpa guru, maka siapalah kita sekarang ini?

Berkat kesabaran mendidik anak murid sejak dari tadika sehinggalah kita menggenggam segulung ijazah atau kelulusan dalam mengejar kejayaan dalam hidup, guru bolehlah diumpamakan bak lilin yang membakar diri.

Kepada semua guru-guru serta teristimewa kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya sejak dari tadika lagi hinggalah kepada saya yang ketika ini, TERIMA KASIH saya ucapkan diatas ilmu yang sungguh berharga yang saya perolehi daripada kalian semua. Segala suka dan duka saya jadikan sebagai pedoman di dalam hidup. Saya tidak tahu bagaimana hendak membalas jasa kalian semua. Apa yang pasti saya mendoakan agar kalian sentiasa diberkati Tuhan selamanya. Diharapkan Tuhan merahmati usaha dan kesungguhan cikgu-cikgu semua.

SELAMAT HARI GURU!

Cheers!!!

Saturday, May 15, 2010

Selamat Hari Belia (15 Mei)

Tanggal 15 Mei setiap tahun Hari Belia akan disambut di seluruh negara bagi mengenang jasa-jasa dan sumbangan kaum belia kepada negara. Di peringkat ASEAN pula sambutan Hari Belia adalah pada setiap 8 Ogos manakala sambutan Hari Belia Sedunia pula adalah setiap 12 Ogos. Tujuannya ialah untuk memartabatkan hak-hak dan kepentingan golongan belia kepada ekonomi, pendidikan, pertanian, pelancongan, kebudayaan, pengurusan dan pentadbiran negara. Oleh itu, tidak dinafikan bahawa kaum belia merupakan aset dan modal yang ampuh di dalam memajukan negara. Kegigihan mereka tidak boleh diperkotak-katikan kerana mengikut statistik, kaum belia meliputi lebih 50% penduduk negara kita.

Apatah lagi sekarang ini jumlah golongan belia yang berpendidikan semakin ramai dan pastinya akan terus bertambah setiap tahun. Malah kalau dikira setiap tahun sesebuah institusi pengajian tinggi yang ada mampu mengeluarkan lebih 500-1000 graduan. Peluang pekerjaan juga semakin luas dan permintaan terhadap tenaga buruh yang rata-ratanya menagih keringat golongan belia untuk memenuhi kekosongan ini tetapi apa yang kita nampak - pengangguran pula yang semakin membimbangkan.

Kesedaran yang wujud disini adalah perlukah kita untuk memilih pekerjaan? Peluang ada di mana-mana hanya yang tinggal hati kita sahaja hendak atau tak hendak. Bak kata pepatah 'kalau nak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih'. Persoalan ini bukannya bermaksud nak menyalahkan siapa-siapa. Mencari pekerjaan ketika ini umpama memetik bintang di langit - iklan jawatan kosong hampir penuh terpampang di dada-dada khabar tetapi tanyalah diri kita terlebih dahulu apakah yang perlu anda lakukan untuk mendapatkannya?

Kerjasama daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta juga penting. Tanpa penetapan dan komunikasi antara kedua-dua pihak maka akan sukar untuk mencapai kadar pengangguran minimum. Kadang-kadang pertimbangan berdasarkan logik dan rasional perlu diambilkira walaupun kelayakan dan pengalaman diutamakan. Dengan itu, saya percaya kadar pengangguran yang melibatan golongan belia pasti dapat dikurangkan suatu hari nanti.

Kepada golongan belia pula terdapat pelbagai aktiviti yang boleh diikuti. Disamping itu anda bolehlah mendapatkan info-info terkini dengan melayari laman web rasmi Majlis Belia Malaysia (MBM) di http://belia.org.my/ yang mengandungi banyak informasi berguna. Bukan itu sahaja demi mengisi masa lapang anda bolehlah mengambil peluang untuk menjadi sukarelawan-sukarelawan seperti menjadi ahli-ahli Pemadam, Prostar, Persatuan Bulan Sabit, Pengakap, mengikuti aktiviti-aktiviti sosial dan sebagainya.

Tahun ini Hari Belia Negara disambut selama 3 hari mulai 14-16 Mei 2010 di Putrajaya. Kepada yang ada kelapangan untuk menghadirkan diri itu silalah datang ke sana untuk memeriahkan lagi sambutan pada tahun ini. Berikut adalah antara aktiviti-aktiviti yang telah diatur sepanjang tempoh tersebut:

Program MBM
  • Pertandingan Gendang Urumi: 14 Mei 2010, 9pm-11pm Dataran Masjid Putra
  • Pertandingan Dikir Barat : 15 Mei 2010, 10am-1pm Dataran Masjid Putra
  • Seminar Pendidikan Pengguna Belia: 15 Mei 2010, 9am-1pm Dewan Putrajaya Holding
  • Melukis Poster 1Malaysia Terpanjang : 15 Mei 2010, 9am-5pm Dataran Masjid Putra
  • Perhimpunan HBN2010 : 15 Mei 2010, 3pm-5pm, PICC
  • Karnival Pendidikan dan Kerjaya MBM : 14 -16 Mei 2010 Putrajaya
Akhir kata saya ucapkan Selamat Hari Belia 2010!

Cheers!!