Thursday, April 8, 2010

Best Ni...Katak Berlumba (Sila Baca)

Pada suatu hari ada sekumpulan katak-katak kecil...yang berlumba-lumba. Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi.

Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberikan semangat kepada para peserta...
Perlumbaan pun dimulakan...

Secara jujur:
Tak satupun penonton benar2 percaya bahawa katak2 kecil akan boleh berjaya mencapai puncak menara.

Terdengar ada yang berkata:
"Oh, jalannya terlalu susahhhhh!!
Mereka TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak."

atau:

"Tidak ada kesempatan untuk berjaya...Menaranya terlalu tinggi...!!

Katak2 kecil mulai berjatuhan. Satu persatu...Kecuali mereka yang tetap bersemangat menaiki menara perlahan-lahan semakin tinggi...dan semakin tinggi...

Penonton terus bersorak

"Terlalu susah!!! Tak seorangpun yang akan berjaya!!!"

Lebih banyak lagi katak kecil penat dan menyerah...Tapi ada SATU yang tetap melangkah hingga semakin tinggi dan tinggi...
Dia tak mahu menyerah kalah!

Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali satu katak kecil yang begitu berusaha keras dan menjadi satu-satunya yang berjaya sampai ke puncak!
SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya?
Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang berjaya itu mempunyai kekuatan untuk mencapai tujuan?

Ternyata...
Katak yang menjadi pemenang itu TULI!!!!

Nasihat bijak dari cerita ini adalah:

Jangan sesekali mendengar kata orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis...karena mereka akan mengambil sebahagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu.

Selalulah fikirkan kata2 bertuah yang ada.
Karena segala sesuatu yang kau dengar dan kau baca boleh mempengaruhi perilakumu!
Kerana itu:
Selalulah tetap....
POSITIVE!
Dan yang terpenting:

Bersikap TULI jika ada orang mengatakan bahawa KAMU tidak boleh mencapai cita-citamu!
Selalulah berfikir:
I can do this!

Cheers!!!

Tuesday, April 6, 2010

Etika Di Dalam Rangkaian Sosial

Kali ini pula saya akan memberikan beberapa tips yang boleh kita renungkan bersama terutamanya kepada pengguna-pengguna internet yang seringkali terdedah dengan bahaya-bahaya seperti jenayah siber, serangan virus, pencurian maklumat, kebocoran rahsia dan sebagainya. Sebanyak 6 tips yang saya adaptasi dari sebuah majalah tetapi sedikit olahan telah dibuat terhadap ulasan-ulasan setiap tips tersebut. Keenam-enam tips itu adalah:-

Semuanya awam

Pastikan anda tidak memasukkan semuanya mengenai butir peribadi diri anda ke dalam laman sosial ini. Jika perlu untuk berbuat demikian, hendaklah maklumat tersebut tidak membuatkan anda 'terhantuk' di kemudian hari. Paling penting anda haruslah bersedia dengan risiko-risiko yang bakal dihadapi sebaik sahaja butir-butir diri anda 'terbang' di internet.

Segalanya dimeterai
Anda sudah terikat dengan perjanjian pengguna yang anda setuju semasa pendaftaran. Walauapapun yang anda buat, jangan ingat bahawa anda akan mudah terlepas begitu sahaja sebaik sahaja anda menerima terma dan syarat daripada pembekal website tersebut. Segala maklumat yang anda beri semasa mendaftar telah sedia disimpan di dalam 'database' untuk memudahkan semua urusan anda dengan penyedia laman web tersebut.

Tidak semuanya jujur atau benar
Tidak semuanya maklumat yang anda dapat daripada rakan internet anda mengenai diri mereka adalah benar..Ingat!! segalanya mungkin melalui internet. Oleh itu, adalah dinasihatkan supaya berhati-hati semasa anda berhubung dengan rakan-rakan yang baru anda kenali apatah lagi mereka yang tiada identiti langsung!

Tapis diri anda sendiri
Pastikan segala yang anda tulis ditapis dan jangan sekali-kali menabur fitnah atau melepaskan geram pada individu terbabit secara langsung..Jika perlu berkias la...!!! Ini untuk memastikan bahawa blog atau 'page' anda itu tidak disenarai hitamkan oleh penggguna yang lain selain untuk tidak mewujudkan suasana tegang di dalam dunia maya ini.

Tidak semua perlu tahu
Tidak semua maklumat atau pergerakan diri anda perlu diberitahu kerana ini akan menyebabkan ancaman kepada diri anda sendiri. Ini bahagian paling penting di mana anda tidak digalakkan sama sekali untuk meletakkan semuanya berkenaan dengan diri anda dengan lengkap sehingga ke sebesar titik noktah sekalipun. Cukup hanya sekadar dapat untuk menerangkan serba-sedikit mengenai anda.

Asingkan
Jika anda mempunyai kawan yang ramai sila asingkan rangkaian laman web anda dan buka sebuah laman web peribadi. Asingkan maklumat peribadi dan maklumat berkaitan kerja. Jangan masukkan bahan-bahan kerja dalam laman web peribadi anda. Mungkin ada diantara ada yang tidak mahu maklumat peribadi diketahui rakan sekerja dan begitu juga sebaliknya, maka apa tunggu lagi...asingkan web peribadi anda dengan web kerja anda jika ada.

Akhir sekali, selamat membina rangkaian sosial yang selamat di dunia maya ini.

Cheers!!!

Sunday, April 4, 2010

Budi Bahasa Budaya Kita

Sebagai sebuah negara yang terkenal dengan keramahan dan kemesraan rakyatnya, kita telahpun menjadi satu contoh yang sangat unik kepada dunia. Kempen 'budi bahasa budaya kita' memang sudah dipupuk sejak dari dulu lagi.

Tapi disini saya nak kongsikan satu cerita pendek la...Alkisahnya begini dimana ada satu kali saya naik bas kononnya baru balik dari Hospital Miri. Masa tu masih pagi lagi dalam kira-kira jam 10.30 gitu. Tunggu punya tunggu maka datanglah sebuah bas yang bernombor 33A (Pujut) kalau tak silap.

Saya naiklah bas itu untuk ke bandar. Tapi, pemandu bas tersebut mengingatkan saya terpaksa bayar lebih kalau nak ke bandar menaiki basnya itu kerana dia perlu pusing jauh dulu ke pujut. Kalau nak cepat dan bayar kurang sikit tambang maka kena tunggu bas yang satu lagi kat belakang. Tapi, lepas lama juga menunggu tadi maka saya tak kisah la mahal pun mahal lah...janji saya lepas dari kawasan hospital...malas sudah mau tunggu lama-lama orang pula ramai pandang kita semacam jak. Tak selesa rasanya.

Dalam bas itu saya mengambil tempat duduk di depan sekali tak jauh dari pemandu. Apa tidaknya saya pun bukannya biasa naik bas Pujut. Semasa dalam perjalanan tetiba loceng bas berbunyi menandakan ada penumpang yang nak turun. Bas pun berhenti seketika menurunkan penumpang. TETAPI, apa yang menyebabkan saya tergamam seketika apabila terdengar pemandu bas tersebut mengucapkan 'TERIMA KASIH dan JUMPA LAGI' kepada penumpang yang turun tadi. Bukan setakat itu sahaja malah semua penumpang yang turun dia ucapkan begitu.

Begitu juga apabila ada penumpang yang naik ke dalam bas dia tu...dengan cerianya dia mengalu-alukan semua penumpang yang naik ke dalam bas dengan ucapan 'SELAMAT DATANG dan SELAMAT PAGI'. Wahh..terdetik di hati kecil saya ketika itu kalaulah semua pemandu bas macam ini alangkah bagusnya 'service' yang mereka tawarkan.

Persoalannya disini, mengapakah masyarakat kita begitu payah nak amalkan budaya seperti ini?? Susah sangatkah nak ucapkan 'Hai', 'Selamat Pagi/Petang/Malam', 'Salam Sejahtera', 'Apa Khabar', 'Sihat ker?', 'Terima Kasih' atau apa-apa saja yang seumpamanya. Paling tidak pun cukuplah sekadar bagi senyuman. Tapi kena berpada-padalah kalau nak senyum tu...percuma plak korg nanti kena cop sebagai tak siuman! hahahaaa....

Lirik lagu 'Budi Bahasa Budaya Kita' sangat bagus dan halus untuk dihayati. Lagu dendangan Datuk Siti Nurhaliza ini setiap hari berkumandang di corong-corong radio dan juga tersiar hampir setiap hari di dalam kaca tv. Fungsinya cukup untuk memberi kesedaran dan bimbingan kepada semua lapisan masyarakat kita untuk hidup penuh bertoleransi dan mesra antara satu sama lain apatah lagi di dalam sebuah negara yang mempunyai sejumlah kelompok etnik yang ramai yang bukan sahaja berbeza dari segi fahaman agama malah budaya dan juga tradisi setempat.

Baiklah setakat ini dahulu perkongsian yang dapat saya ungkapkan di sini. Diharapkan agar kita semua sentiasa berbudi bahasa antara satu sama lain tak kira di mana sahaja kita berada.

Senyum-senyumlah selalu kerana senyuman itu adalah anugerah yang cukup berharga dalam sesebuah hubungan kita dengan semua orang.

Senyuman mampu meluluhkan hati seseorang yang sedang marah...
Senyuman mampu menggembirakan hati seseorang yang sedang sedih...
Senyuman mampu menyejukkan hati seseorang yang sedang panas...
Senyuman mampu menceriakan hati seseorang yang sedang muram...
Senyuman mampu mencairkan hati seseorang yang sedang keras...
Senyuman....
Senyuman....
Senyuman....

Marilah kita berikan SENYUMAN kepada semua orang....

Cheers!!!

Saturday, April 3, 2010

Happy Easter 2010

Di dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Paska kepada semua umat-umat Kristian diseluruh dunia. Ambillah peluang di saat ini untuk merenung kembali jauh ke dalam diri kita apakah yang telah kita lakukan untuk Tuhan?? Adakah apa yang kita lakukan ini sesuai dengan rencanaNya??

Memang agak payah untuk kita mengharungi liku-liku kehidupan di dunia ini tetapi kita juga harus ingat bahawa kehidupan dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh Yesus adalah jauh lebih perit dan pedih daripada yang dapat kita gambarkan. Namun, Dia tetap juga menebus dosa kita dengan menggantikan sendiri nyawanya sebagai korban.

Hari ini - Hari Paska - adalah hari untuk kita mengingat kembali bahawa kebangkitan Tuhan Yesus telah mengalahkan kematian!!! Kematian sekalipun tidak dapat menandingi kekuasaan Tuhan kita. Kebangkitannya menandakan bahawa kita telah diselamatkan.

Tuhan Yesus telah bangkit....ALLELUIA!!!

Amen!