Friday, October 19, 2012

Rombongan Lawatan Keagamaan Dari Dalam & Luar Negara Ke Gereja Ave Maria Lambir Miri

Lawatan

Rombongan bergambar beramai-ramai sebelum berangkat pulang. 

MIRI, 18 Oct 2012 - Seramai 16 orang peserta yang terlibat dengan program lawatan ke Gereja Ave Maria, Lambir Miri diraikan dengan meriah oleh penduduk kampung tersebut bersama-sama dengan kumpulan / cell group dari setiap kumpulan kecil Gereja Katolik di bahagian Miri. Rombongan diketuai oleh Rektor Reverend Anthony Lee Kok Hin selaku Bishop Diosis di sini.

Tujuan utama lawatan ini dibuat adalah untuk melihat sendiri dengan lebih dekat pembangunan kerohanian di kawasan Diosis Miri khasnya di kawasan Lambir itu sendiri selain untuk mengeratkan tali silaturahim di antara para keuskupan berlainan bangsa dengan penduduk setempat disamping memupuk semangat persaudaraan sesuai dengan cinta kasih yang diunjurkan oleh Yesus Kristus Tuhan kita.

Sementara itu, pelbagai acara disediakan termasuklah persembahan koir oleh kumpulan muda-mudi gabungan Lambir dan Taman Tunku, tarian ngajat, ‘ngetas ranyai’, betaboh dan nyanyian. Kesemua acara ini dipersembahkan oleh tiap-tiap kumpulan ‘cell group’ yang terlibat. Pihak seminarian juga turut hadir untuk turut serta memeriahkan majlis pada malam tersebut.

Program turut diserikan lagi dengan aktiviti bergambar beramai-ramai sebagai tanda kenang-kenangan. Rombongan berangkat pulang pukul 10:00pm.

No comments:

Post a Comment