Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam Ramadan, Salam Aidilfitri & Salam Kemerdekaan diucapkan kepada semua pembaca sekalian.

Setelah beberapa hari tak update blog ni rasanya tergerak pula hati nak menulis sepatah dua kata kat sini untuk semua. Apa taknya kan sentiasa busy setiap hari dengan kerja dan lepas tu pula letih giler dan tak larat nak taip-menaip kata-kata kat sini. Tapi tengok2 sekarang ni ada peluang maka taip jer la daripada alang2 menyeluk pekasam orang kata biar la sampai ke pangkal lengan.

Syawal bakal menjelang tiba jadi sejauh manakah persiapan yang telah dibuat? Saya percaya pasti ramai yang telah membeli-belah untuk membuat persediaan seperti kuih raya, perabot baru, baju raya baru, langsir baru dan segala-galanya pun serba baru. Tak kurang juga yang membuat stail rambut baru! Wahseeeehhh!!! Hebat!!!

Walau apapun yang kita nak buat kenalah berpada-pada dan mengikut kemampuan yang dimiliki. Bersederhanalah dalam segala macam perbelanjaan yang hendak dilakukan. Beli apa yang patut sahaja. Tinjauan yang telah dibuat di pasaraya2 terpilih sekitar Bandaraya Miri mendapati bahawa keadaan masih lagi terkawal dengan pengunjung2 ramai yang datang dari negara jiran Brunei. Seperti kebiasaan setiap hujung minggu memang begini.

Kepada yang balik kampung tu tak kira dekat mahupun jauh, berhati-hati di jalan raya semasa memandu. Ingatlah orang yang tersayang! Yang penting biar lambat asal selamat sampai ke destinasi yang hendak dituju.

Tak ketinggalan juga diucapkan Selamat Hari Kebangsaan sekalian semuanya. Tahun ini kita menyambut perayaan berkembar Hari Raya dengan Hari Kebangsaan atau lebih dikenali dengan ‘Merdeka Raya’. Semoga perayaan tahun ini membawa seribu pengertian yang tidak terhingga di dalam kehidupan kita sebagai insan di muka bumi ini.

Akhir kata daripada saya khas ditujukan kepada semua muslimin dan muslimat SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN serta kepada semua rakyat Malaysia SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN YANG KE-54 dengan tema ‘1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera’.

Sekian,

Jordan@Joe

No comments:

Post a Comment